Macamana nak buat, pening kepala dah rasa cuba cuba ni...

Isnin, 24Jan.....Otak dah tak boleh fokus untuk study. Rasa yang ada nak cepat balik kampung. Cepat tak cepat, ahad jugak sebab kehabisan tiket.

Dah otak kosong, segala kosong, idea nak bercerita pun kosong jugaklah. Harini sehari suntuk bila ada msa terluang, aku try try try jugak nak setelkan masalah nuffnang aku tapi...hampesssss....

Camane nak buat ek. Ke kira memang dah tak ada jalan penyelesaian??...hehehe....Aku teringin gak macam orang orang terkenal itu yang cecah 4angka beb dapat income dari nuffnang. Best kan?.  Tapi aku, langsung tak gerak. Padah betul.

Rasa macam nak wujud satu blog baru jek. Register nuffnang baru then mana tau ada rezeki pulak kalini kan. Akan di fikir fikirkan nanti.....

 Edisi Tayang Muka..hehehe



No Idea.......

P/S : encik tunang kata kalau blog ni guna cik eida lagi bes dari berbahasa aku engkau..hahahahahaha......Causinci....



~aku susun huruf~
5:04pm

20 januari 2011...pejam celik pejam celik....

Selamat Pagi semua..
Nak post entry pagi pagi ni bukan ada idea sangat pun. Nak cerita pasal mimpi malam tadi pun dah tak ingat. Tapi yang pasti bukan mimpi yang menakutkan lah. hehe...Kalau aku mimpi ngeri, aku bangun mesti tak lena tido dah. Duduk termenung sampailah terlena sendiri balik. Takut broooo!!...

Pagi ni aku ada diskuci kat kampus. Mabuk agaknya group aku ni. Wat diskusi pukul8 pagi. Bukan masa yang jadi masalah tapi otak aku ni.Pagi pagi macam ni, bukan otak aku boleh pikir sangat idea idea bernas..Apa pun thanks to SORFINA coz engkau dah tolong wat soalan tu. HAHhahahahah....

Breakfast pagi ni macam biasalah......air nescafe...... + biskut oat crunch....Kejap lagi diskusi dekat library. Sah sah aku akan hentam nasi lemak library..Sedap ooooo...Tapi lagi sedap nasi lemak pujaan ku hai kedai bunga tanjung. Tapi kedai tu dah tutup....Sadis....Banyak tapi ya.

Lepas diskusi, aku plan nak sambung jahit kain tok projek baju kurung aku dekat lab. Almaklumlah.....aku tak ada mesin jahit. Tak kan nak angkut mesin jahit antik mama dekat rumah pulak....WAssssemakkk!!

Tapi memang rasa susah tak ada mesin jahit coz aku bukan boleh g lab tu setiap masa. Satu projek seminggu. Mana nak sempatkan. Tapi semalam aku dah selamatkan duit aku sebanyak RM50....heheh...Patutlah en.Tunang selalu cakap aku ni kalau nak buat apa apa tak pernah pikir panjang. Dah buat baru nak fikir..betul betul betul.....(versi aku ok bukan upin ipin)

Nak menjahit ni amik masa juga sebenarnya. Lagi lagi untuk orang macam aku yang fobia ngan mesin jahit. TApi alhamdulillah...Semester ni, fobia fobia dah tak ada ok. Aku usaha lah jugak. Tambah pulak membe group aku semua ok. Tak pentingkan diri. Saling bantu membantu. So, tak adalah buat aku tension sangat. Bahagian baju dah siap. Tinggal kain jek. Semalam aku sempat jahit setengah jek. Nak jahit zip, kena ganti kepala mesin apa entah. Malas lah coz aku macam dah  nak muntah dok dalam lab jahit dekat 3jam setengah. Boleh gila aku macam ni. InsyaAllah jap2 lagi tak ada masalah kot aku nak jahit baju aku + syasya...hehehe...Tapi kain cotton lah. Kain lain belum diturunkan ilmu tu pada aku...hahahaahha

Dah pukul 8pagi. Nak breakfast kejap then terus gerak g kampus.

Pejam celik pejam celik dah nak tiba penghujung bulan1 kan. Sekejap aje aku rasa...Masa masa masa....


~aku susun huruf~
8;03am

Episod Chenta Kami : 2 --- Gerak gempur

Asyik post entry pasal hati perasaan jiwa raga bakul segala. Mana cerita sal 'itu ini kahwen' kan?. Perasaan?. Mestilah happy kan. Tapi dugaan masa depan depan ni kita tak tahukan. Aku cuma mampu berdoa doa doa dan terus berdoa. Moga moga rintangan yang datang dapat kami tempuh.

Lusa En. Tunang datang. Kebetulan jek dia datang. Sambil dia nak jumpa company dia, singgah kejap kat aku. So, kitaorang planning nak setelkan beberapa hal yang boleh disetelkan. Jumaat ni insyaAllah kitaorang ke Shah Alam. Nak g amik printer pada adik en.tunang. Hope aku ingat lagilah jalan ke uitm Puncak tu. Kalau dulu masa kakak aku study situ, selalu jugak ke sana. Ni dah agak lama tak g. Jumpa kot. Kalau sesat pun, tak adalah sampai siam....Woopsss.........eheheh...

Dalam kepala otak aku dah plan nak singgah kat Romantika. Nak cari something nak letak tepi katil. Itu pun kalau harga berpatutanlah. Biasalah. Bila student nak kawen, macamnilah jadinya. Itu nak murah ini nak murah..hahahaahah....

Projek DIY??... insyaAllah jumaat tu juga sambil nak cari kain kain untuk kegunaan subjek jahitan aku semester ini, nak beli sekali kain langsir yang sesuai untuk buat bantal hantaran. Harap jadilah projek DIY aku ni. Minggu depan nak balik, so, boleh lah buat sikit sikit.

Bab baju nikah dah setel. Cuma nak cari tudung, veil & aksesori yang berpatutan. Nanti time nikah tu aku plan nak pakai tudung bawal jek, Tak tahulah kenapa tapi terasa nak pakai tudung tu. hehehe..lama sangat kot dah tak pakai.

Sabtu, en.tunang plan nak g KL. Dia nak beli something then sambil tu boleh aku cari kain untuk baju bertandang. Hagak mahal lah ciffon beaded yang aku nak tu. Hope en.tunang tak banyak komplen yaaaa.......aku nak cuba minta harga mak andam. kalau ada rezeki, lepaslah kan...heheh.....

Ahad, en.tunang nak rehat coz isnin dia nak jumpa Dato' kesayangan dia tu..hahaah....Gud Luck ya. Doa saya sentiasa mengiringi awak.

Bilalah nak buat checklist. Rasa macam banyak sangat nak kena buat. Kakak aku dah bising coz segala nampak relax. Bukan apa, dia takut aku kelam kabut. Almaklumlah, due dia 3jun. Dia takutlah kalau dia tak dapat tolong aku. Tak apa wahai mysis. Dont worry....aku akan buat yang terbaik. "simple but perfect..Wahhh!!

Dah 7suku....nak solat, bersiap nak g kelas. Malas penat semua rasa ada. Cayyokkk!!!.......Be strong ya shafiza.... Abaikan semua rasa yang tidak enak ok..........Moga moga semester ni tak bebankan engkau macam dulu dulu....amin....


~aku susun huruf~
7:16pm

Mesejnya ringkas tapi bermakna...

Untuk awak : ----------->
Jangan berdendam....
Sabar....


Tq....sebesar kuman pun saya tak simpan perasaan dendam....Thanks...

-----------------------------------------------= = = = = ----------------------------------------------------
*
*
*
*

6:53pm --- Cik Susun Huruf kekenyangan... Semangkuk Bihun + kueh teow celup di balun dengan lahapnya setelah sehari suntuk tak makan. Diet lah sangatkan. Malam ni ada kelas lagi. Penatkan kelas malam. Lebih baik kelas kul8pg sampai 7ptg dari malam. Balik kelas malam, sah sah tak boleh buat apa. Penatkan. Sabar. Final semester. Hiasi semester ini dengan kehidupan yang menyeronokkan dan berwarna warni....*wink

~aku susun huruf~
6:56pm


Episod Chenta Kami : 1 --- tarikh tarikh bahagia

Punyalah galak nak bercerita itu ini kawen sampai lupa nak bagitahu tarikh tarikh bahagia tersebut. Bukan tak nak publish but i takut makkk....ahahah....Actually kerja my en.tunang merata rata. so, buat masa sekarang belum tahu kat mana. Jadi, cik Nunang dia ni sangatlah takut kalau kalau tiba tiba (banyak kata ganda kan, jom belaja bahasa malaysia tatabahasa..) en.tunang di campak tempat tempat yang jauh. Wadusss!!...Bikin gua capek ni. Tapi aku sentiasa berdoa, Allah S.W.T permudahkan segalanya. Harap harap dah tak ada lah pertukaran date tu ya. Tapi kalau dugaan datang, en.tunang kena campak mana mana, aku sabar jek lah. Postpon kawen enggak mau bukkk...Cepatkan nak!!..Nak..Nak...heeheheh..Wokes...Ni date yang di tetapkan wat masa sekarang :

tarikh tertera tiada kena mengena dengan itu ini kawen kami...  *wink


Akad Nikah  -  on Jun
Sanding         -  on Jun
Bertandang   -   on Jun


hahahahahahah....ada sakit hati tak??...ahhaahahah.....causinciiiiiiiiiii......
(lawak bodoh pagi hari ek..ehhehe...)


~aku susun kata~
8:16am

Pagi yang ceria..mulakan hari dengan carta hati by najwalatif...

Bangun jek pagi, terus rasa nak dengar lagu si kecil molek najwalatif. Korang ingat tak? Budak form4 yang ala-ala yuna. Layan suara dia pagi pagi seronok gak. Carta Hati by najwalatif. Tarak copy cat punya lagu ni. Dia ciplak sendiri..WWooppsss!...Dia cipta sendiri ok?. Korang reti ke??..hahahah..Bakat mesti ada...Korang tanya aku??....Jangan pandang sebelah mata, hanya kerna ku sorang wanita (pagi pagi jadi kak nita sarawak yek)..Pangg sekali...Duduk diam diam..heheAku sah sah lah tak ada bakat langsung..Lau bakat makan makan dan makan. Im the winner...hhehe....PAngPang 2x lagi...hehehe...


Status Fb :
Gud munim......pg2 dh gayut dkt setengah jam ngn buah hati zurisya zairikha...hehehe......awl btl siap nk g sekolah........dkt sbln sekolh...kul11.30 jek nangis cz die tgk mama tgu nk amik die dok luar sek..hahah...hrini janji xnk nagis..mama gelak jek..mama kata berjanji setiap hari. eheh...Aweek, aweek belajo sungguh des...aweek kate nak msuk u po kak ida..eheheh...

Si ceria hati. Mula bersekolah. mama saja hantar dia g sekolah awal awal umur ni. Nak dedahkan suasana luar. macam aku dululah, kakak aku sekolah tadika umur 4tahun, aku punyalah sakan nak ikut, sekolah gak lah..Cuba korang kira, lama kan aku sekolah tadika. Pandai duduk tara tu jugak..hahahaah....sekolah overlimit kot terus jadi  tak berapa nak cerdik ni.


Wokes...'itu ini kawen' ...Tak banyak yang setel. Tapi sekurangnya adalah yang dah setel kan. Balik raya cina mau ke rumah Aween Photoaura. Mahu jenguk jenguk baju yang his wife ada. Kak ida sangat friendly ok. Collection baju yang dia ada pun shantekkk shanntekkk....eheheh...Aku tak tengok lagi pun but x-b2b cakaplah. Baju nikah harini baru nak bayar. Ready made lah coz bila fikir balik, if akad nikah pas asar, sekejap jek kan nak pakai. So, beli yang ok ok saja harga. Jimat ya Shafiza. Then baju bertandang, tunggu En. Tunang datang KL, insyaallah disweek, nak briefing entah apa dia. alang-alang dia dah ada kat sini, bolehlah g merambang mata. Niat nak g jakel..Korang ni kedekut ilmu lah. Share lah dekat ak. yelah, blog aku bukan sefamous blog cik epal lah sapa sapa lah yang cun melecun tu. Adat dunialah kan. Dan yang cantik yang anggun yang famous yang setiap bulan dapat nuffnang beratus beriban tu, tak sudi ke jenguk blog aku yang naif ni....ehehhe.....b2b ke, x-b2b ke, jom lah share cerita itu ini nikah kawen..heheeh.... *wink

Wokes..nanti update lagi ye. Idea tersekat dek kerana perut yang lapar. Mau pekena nescafe buat sendiri ok. Sem ni aku tak ada stok 3 in 1 dah..haahah....wokey...Daaaa...



~aku susun huruf~
8:01am

Msalah Besar Bagi Aku Sebagai Blogger....

Wokes, dengar tajuk sangat hebat kan??..Tak??..Dasyat?...Tak jugak??...Suka hati hantu kak limah lahhhh...

Ok, actually aku da prob pasal nuffnang. Aku tau, as a blogger, korang kompem taksub gila ngan nuffnang coz punca rejeki kita tu beb, even terpaksa tunggu berbulan bertahun untuk tebus rm50..hahahahhaha....

sangat berharga ek ko...pak nuffnag....(atok google)


Before this aku dah ada Pak Nuffnang dah kat blog aku. Then satu hari yang dingin lagi damai tersentak hati lah nak cek earning. Hagak hagak time tu ngah berangan lah biar earning tu limit dah leh tebus....ZAssssSs.....Apa kes pulak ni dah bertahun tak naik naik gak ni. Ok, sila tanam kesabaran ye cikgu...Esok lusa tulat tubing..tungu tungu tungu...Earning tetap sama....Waduh waduh...rosak ke ape benda ni..Gelak lam hatilah coz orang nak duit ko nak duit gak ek..hahaha....Duit beb sape tak nak.

hagak hagak lau nuffnang baru jadi, leh tido lam duit tak??..hahaha (atok google)


Aku pun dengan rasa bangga telah membuang lah segala hal berkaitan dengan nuffnang..

Permasalahan yang timbul sekarang....
1.) Boleh tak aku daftar nuffnang baru??..
2.)Actually memang salah aku, aku wat nuffnang tak guna email blog (mengaku kebodohan sendiri..sebab tu aku dah kata aku tak suka kalau isi form online)
3.)Aku nak cuba buat, then aku nak tau pasal bahagian pengurusan apa entah yang dia suh updated tu...Kalau dulu kita penah letak url blog, boleh lagi ke sekarang....

Wahai blogger blogger yang bijaksana baik hati, tolong lah rakan blogger korang ni. Mane tau sekurang kurang dapat seciput leh aku wat labur itu ini kawen.Ciss...Niat baik tu..hehehe...

aku sentiasa sabar tunggu masa nak cek macam ni...(atok google)

Aku harapkan pertolongan korang ye. Jom pakat-pakat tolong aku...


~aku susun huruf ~
4:09pm

Suka Hati Mak Aku Lah Dia Nak Wat Apa...

Kadang kadang aku rasa panassss jek ngan mulut mulut longkang sekeliling. Aku nak kawen, ada aku nyusahkan korang ke. Sedulang hantaran pun aku tak dek minta korang tolongkan. So, suka hati mak aku nenek aku dan aku lah nak buat apa. Nak plan apa. Ada aku conteng conteng segala progress plan aku tu kat kertas A4 korang ke?... Bapak aku dah bagi sebundle kertas, tak menagih aku nak pinjam kertas kat korang. Aku dah cakap, wedding aku ni aku wat yang termampu, kita merancang jek, apa yang jadi kita tak tahu. Sebaiknya baik aku merancang dari aku dok diam diam tunggu segala jadi. Tak kan jadi beb kalau ko tu as a stone. Lainlah kalau segala hal mak bapak korang yang setel kan. Yelah, even mak bapak setel, tak kan 1% pun korang tak amik tau langsung.

Kebanyakan benda aku nak DIY.. Because of??.....Aku save budget beb. Memang orang kata kawen seumur hidup sekali but bagi aku yang cuma ada duit lam asb seciput, tak kan aku nak habiskan semua semata-mata untuk kawen. Masa depan tu jauh lagi. Apa yang aku harapkan, aku dapat jadi wife dia. Lain orang lain ragam. Even ko anak orang kaya, tapi ko minat bab bab DIY ni, sah sah segala benda hal nikah kawen ko nak DIY kan. Terbuktilah ada blogger yang camtu. Lebih baik aku merancang semampu aku. So, apa jadi aku teruskan yang tak sempat aku nak buat macamana. Korang tak payahlah kan nak pening kepala bila aku nak buat apa apa dan tak payahlah menambah pening pening kepala takut aku pinjam duit korang, tak dek maknanya. Tak ada duit aku dok diam diam, ada duit aku jalan.

Apa pun sekali lagi aku ingatkan, apa aku nak buat suka hati aku. Lau korang rasa korang sudi nak nolong, aku tak kan tolak pertolongan korang but aku appreciate sangat. Tapi jangan tolong MENGUMPAT ok...Tapi kalau dah mulut longkang, melongkang jugaklah kan. Ngumpatlah sedaya upaya korang yek. Amin....

~aku susun huruf~
3:17pm

Ini budak kecik sangat comel..

Terjah blog cik epal, then ada entry pasal ini budak comel punya suara. Waduh..betul lah ayat ko cik epal, budak ni pengganti yuna ke??...InsyaAllah... Dengan bakat yang ada, guna kan sebaik mungkin ye. Dalam kete, kat padang, entah mana hala lagi budak comel ni nyanyi, semua jadi. Nak kata kalau dah ada bakat, tak kira kat mana nyanyi even dalam air sekalipun, bunyinya best kan..hahahah..Cuba aku nyanyi??....gamak runtuh umah sewa 3tingkat aku ni.

Najwalatif --- budak comel berbakat....aku malas tulis banyak. Nak copy kata kata budak najwa ni, cik epal dah copy. Kang dia kata aku copy susu pulak..ahhahaha..Gurau senda ya cik epal. ehheh... KOrang rerajinlah terjah blog epal. Tapi actually aku tak payah suruh coz korang sah sah dah terjah blog dia dulu baru blog aku kan.. hahahaha.... Ni ada link aku amik kat blog cik epal gak. Pasal song yang budak kecik comel ni nyanyi.....Carta Hati..Carta Hati...im lovin it...Layanzzzz.....  luv ur voice.....

~aku susun huruf~
1:59pm

Mr & Mrs daisypath punye cerita...

Hari ketiga aku dok sorang sorang kat tingkat 3 ni. Jiwa merotan ronta kebosanan.. Hahahaaa...Ayat tak boleh blah jiwang karut. Tapi serius aku cakap, kalau mak buyung ngan puan nurul tak ada, kompem aku gila meroyan sorang sorang kat umah ni. 5hari dok sekor sekor diri. Tak ke gila. Hakikatnya kalau orang lain boleh, aku memang tak boleh. Seminit tak bercakap aku rasa macam dah hilang arah. Susah gak jadi minah kepoh camni ek.

Dah kul12.34 pm, belum breakfast...Niat nak basuh baju pun tunda tunda tunda dan terus tunda. Bila entah nak basuh baju. Dah lah baju yang tinggal sekarang nazak nazak ayam jek. Jangan terkejut ya kawan kawan kalau semeter ni hari isnin aku pakai baju 1 hari selasa baju 2 rabu baju 3 then khamis di rotate balik ke baju 1 dan seterusnya....TAMAT...heehhe....Aku bukan apa, takut ujung sem ni tak ada sapa yang sudi nak amik aku, memang berangkut naik bas lah aku ngan segala harta hartanah aku tu, Tak naya ke??...Kang satg silap silap driver bus tu sound, malam ni bus ko sewa sorang lah ek. hahahahahahahahah....

The End cite bosan cita baju. Sekarang tiba masanya kita bercerita tentang 'itu ini kawen'...Woow...Suka suka suka. Gatal seyh!!...hahahha... tadi terasa nak wat daisypath lah sal tarikh wed aku ngan encik tunang. Bila orang tau jek tarikh aku, diorang mesti kata, tak lama dah tu, boleh dah nak plan sikit, nak beli apa patut. PLAN???..BELI??....heeheh..Plan tu dah ada tapi yang gerak baru sikit. Bila dah buat daisypaith tadi, terbelahak kahak hijau gak aku bila tengok 4b 3m 6h lagi.....Kalau time belajar, kalau lagi 4b 3m 6h nak final, memang tak perlu buat persediaan ya kawan-kawan. Lau korang dah bersedia seawal tu, memang aku tabik spring lah. Kalau aku, elok tiba hari nak jawab, hambekkk ko... Banjir bilik exam. Tapi tu bukan exam maaaa...Ni kawen kawen kawen....Seram sejuk pulak aku rasa..Jom Layan Sinopsis Chenta Kami .....


Korang nampak tak..Nampak tak. Apa patut aku buat sekarang??..fenin ana fenin....Plan nak turun KL weekend ni nak cari kain tok wat baju nikah dan bertandang. Tiba tiba....jeng jeng jenggggg...... Taraaaaaa... Tak dek apa apa....heheh.....memang aku tak g lah bila dah dok sorang. Apa korang ingat aku berani ke...ohhhhh...tidak mungkin aku seberani itu...nak tala kemana pun aku tak tau. Nasib En.tunang nak datang minggu depan..so, sebahagia rasa aku menanti en.tunang datang then g shoppinh bersama sama...Sekurang kurangnya time nak pilih kain tu, boleh kenen kenen kat badan en.tunang. Tak dalah amarahan kesihatan macam selalu "awak nak beli kain, jangan kenen kat skin awak tapi sila kenen kat skin saya' ...Hahahahah....ok2... Saya paham ye en.Tunang.......Kalau kain dah ada, balik cuti ni dah boleh setel hal-hal tempah baju then pelamin segala. Itu Ini Kawen kami juz nak pelamin simple mini saja ye. Bab mekap, aku booked kat kaksue. Saya enggak mau mekap mekap over ya kaksue, mau dilihat lembut lembut sajaaa...ehehhe...Contoh mekap yang aku nak pun aku dah bagitau kaksue. Kaksue ni sangatlah friendly ok. Lau korang dok area Kok Lanas, korang mesti tau KL santai cafe. Tu kaksue punya gak. Try lah g makan kat situ. Aku sendri pun tak penah singgah. hehe...tak pe. Tolong promote cafe kaksue. Makan free boleh kaksue??..eheheh...Niat nak singgah sokmo sokmo, tapi tak jadi jugak. Nanti ida singgah ye kaksue. ehheheh...

Aku ada terbaca satu entry kat blog sorang blogger ni, dia cite kalau nak beli kain chiffon beaded or watever kain lah kat jakel masjid india....Blogger tu suggest kan supaya minta haraga mak andam....Korang korang....betul ke..Kang sat g aku kata nak harga mak andam, buat banyak tanya ngan aku, tak jadilah gamaknya aku nak beli. Lau korang de experience hal ni, komen komenlah kat entry ni eh. Pasal tema baju pulak, belah laki kami plan nak warna baju aida gadis melayu bersanding...Waduhh...menusuk kalbu. Sekali jek aku tengok, aku dah berkenan. Tapi aku tau kain warna tu susah nak cari. Wahai puan aida, pinjam baju boleh..heheeheheh... Then belah aku pulak plan nak theme tiffany blue + cream..Shanteeekkkk tak anak anak murid??....heeheheheh.....Bab berangan no 1. Tapi aku pegang kata kata kekawan aku yang dah bergelar mrs...Jangan over plan nak itu ini coz takut semua tak jadi. Thanks kekawan. I lap u oll...Relax relax sudahhh..

Korang dapat bayang tak warna baju aida gadis melayu tu??...meh aku nak tunjuk...

shantekk gila..apa nanti aku ngan encik tunang secocok begini ke...ehehhe
(atok google yg bg pic ni)

Tiffany blue??... Mesti korang tau..Ala ala warna turqouise. Tapi aku suka yang soft. Bila gabung ngan cream, menikam jiwa aku..Akulah, korang aku tak tau. Hope en.tunang tak banyak membantah.


SHantekkkk tak........ 
( time kasih aok google )

Itu jek lah yang aku berangan sal warna. Warna lain aku tak nampak pulak. Mayb tak minat kot. Aku minat gila warna choc. Dah tunang pilih warna tu, tak kan kawen pun sama kot. Kang orang kata aku gila obses coklat pulak.

Tu jek lah dulu setakat ni. Kalau korang blogger cantik manis kesayangan hamba nak berkongsi cerita, jom jom. OPss...Lupa nak wat sinopsis sal Chenta Kami....Review balik 2y 3m 1w 6d yang lepas, en.tunang ngurat cik nunang. hahah....Time tu mulut manis lah kan. Cik Nunang pun tak adalah segarang sekarang. Lau time tu garang cam sekarang, sah sah en.tunang tak nak..hahahah...Tapi Tq so much awok. Banyak sabar ngan saya. Pas ngurat, aku lupa lah tarik merisik, Tapi aku tau bulan3 tahun lepas. Time En.tunang tengah praktikal. Kejutan lah konon tok aku. Pas merisik, plan nak tunang pulak. 11 jun 2010, kami bertunang. Simple jak. Buat apa termampu. Segala benda aku buat sendiri. Jimat kos beb. Studentlah katakan. Tak kan tuanng semata mata punya hal, aku kena keluar semua duit asb aku hasil pemberian bank rakyat terchenta... hahahaha...OHHHhhh...Bulan..eheheh...OOhhh..Tidak...Tidak mungkin....Biarlah kehidupan kami pas kawen nanti masih de bekal bekal. Dah Bergelar Cik Nunang dan En.Tunang, bila jek en.tunang balik dr Uk, dua dua family terus bagi suggestion nak satukan kami. Kan Motto majlis kami simple but perfect..Perfet lah sangat. heheeh..  Perfect maksud aku, time aku jalan nak nyambut en. suami akan datang, tak adalah tersadung batu depan umah. Tak ganggu majlis orang orang tua kata. Bincang punya bincang, lepas dua tiga darab enam kali tukar tarikh, maka, dapatlah satu tarikh yang sesuai...Amin..Lega rasa. So, lagi 4m 3m 6d, i will b ur wife ya encik tunang.. Suke tak suke tak..eheheh...GEdikSsss.....

Korang doakan segala berjalan lancar ya. Harap dijauhkan segala hal buruk, semoga rintangan yang kami nak tempuh sepanjang ni dapat kami atasi. Takut gak coz time ni macam macam dugaan kan. Setakat ni Alhamdulillah. Yang paling aku risau kalau tup tup en. tunang dapat rezeki keje kat luar. time tarikh tu "NAK MAMPUS' (trademark pensyarah aku).....Boleh meroyan aku. Nak ubah itu ini. Apa dicepatkan ke, dilambatkan lagi ke...Doakan untuk kami ye semua. Aku tau korang semua baik hati. Even mulut ko sedikit laser berapi pedas wahai cik epal, tapi aku tau ko baik ati. Doakan aku ek..hahaha....Asal cik epal jek aku sebut...heheeh...

Causinci dulu ye. KOrang jangan malas malas tinggal komen komen kat aku ye. Sekadar berkongsi cerita...heheeh  Daaaa....................


~aku susun huruf~
1:29pm

tolong ingatkan aku...

Actually tak ada apa yang aku nak suruh korang ingatkan...hehehe...(gelak suka dalam duka)...jejari gatal nak susun huruf. Biasalah gadis susun huruf kan..ehhe...Kepala otak bersarang dengan macam macam benda. Hal kawen nya, keje sekolahnya, keje umahnya..macam macam....Niat kat hati call mama petang tadi nak mengadu coz aku still tak sehat even dah g klinik banyak kali. tengah rancak borak, tiba tiba terlintas nak tanya pasal sarjan misai (abah aku lah tu..eeheh).. Dah dekat setengah jam borak baru nak ingat tanya ayahanda terchentaa...Nak tanya camana kalau Che Som Che Ha' bercerita macam tak ada noktah dalam hidup. Aku nak nyampuk pun tak leh. Bak kata dia tak layan lah apa aku nak cita. Seronok bercerita pasal anak bongsu kesayangan yang baru sekolah.

Balik ke cerita ayahanda terchenta ok...Dah otak terlintas nak tanya, aku tanya lah abah g mana. Tak dengar sore pun. Mama macam biasalah. Kalau ada benda yang dia selindung, sah sah dok arrr araghh arrr....ERgHHhhh!! geram aku. Dah agak dah ada benda tak kena. Then, tiba masanya aku pulak bertubi-tubi tanya soalan kat mama. Kenapa dengan abah?. Teruk ke?. Macamna boleh masuk hospital?. Bila?. Hambek mama..Slumber dan gumble jawapan mama. He's ok....Dont wory...

Aishhhhh....Hati rasa tak bes jek ngan jawapan mama. Masa aku cuti sem haritu, abah dah masuk hospital...Dekat 14hari. Then rasa tak sampai sebulan, masuk g. Mama kata abah demam. Sampai ke hospital ke mama oiii...TOlong InGatkan Aku...silap-silap...Bushh!! tumbuk kat hidung sekali...Tolong jangan tipu saya ya mama...Dari awal mula dulu lagi aku tak suka abah kena tahan kat HOSMAC. Sebab abah under HUSM. Bila abah kena tahan kat HOSMAC, apa benda hal yang abah tau sal sakit dia, dia ciite kat doktor HOSMAC, diorang susah nak terima. WTH...!!!....

Kalau dulu, bila abah masuk wad, keluar jek, mesti sehat segar bugar. Kami hepy abah bahagia. Nak jadi cerita, abah sesak nafas kul3 pagi, aku tak sempat nak bawak abah ke HUSM coz jauh sangat. Aku terus refer ke HOSMAC. Dok kat sana lau tak salah aku lama gak. nak jadi cerita, doktor bagi arahan kat nurse masukkan air banyak itu banyak itu. Dok bape hari, abah dah nampak pelik. Muka dah gemuk, tangan dah besar, kaki dah sembab, apa ke hal pulak ni. Then tiba turn aku jaga, aku tanya doktor apsal abah saya camni. Memang sengal punya doktor bila dengan muka slumber cakap air terlebih masuk paru-paru. Aku rasa time tu nak bagi penampar kapit jek kat doktor tu. Ya aku tau aku tak belajar bidang tu, Tak kan tiap tiap pagi ngan petang ko datang cek tapi ko tak leh nak kontrol semua tu. Sejak tu abah selalu sakit. Sampai abah kata, hospital umah pertama dia. Coz dalam sebulan tu, bape hari jek dok umah. Harini, aku dapat tau, dia masuk wad lagi. Mama, please...Jangan selindung apa-apa dari angoh. Sekurang kurangnya angoh tau abah sakit then apa-apa jadi, angoh bersedia. Part paling aku sedih time aku ngah bincang ngan abah nak tetap tarikh nikah kawen. Tiba tiba abah kata, entah entah abah tak ada time tu. Yelah, depan dia tak kan aku nak nagis, cuma aku pesan jangan merepek gitu jeklah. Hati sapa yang tak sedihkan bila abah sendiri kata gitu. Kita bukan ada 4,5 orang abah.

Apa apapun, angoh doakan abah sehat ya. Kan abah nak tengok angoh kawen simple simple. Jangan membazir buat benda yang tak perlu. Ingat tak..ingat tak atas kete masa kita g madoh kad kawen kaklong....macam macam abah atur pasal majlis angoh pulak. Apa abah pesan....Dahulukan yang wajib...wajib wajib....Pikirkan tentang adat...Dalam maksud abah kan... Sampai harini aku pun tak paham..huhuhu....

Panjang kacang panjang entry ni. Entah apa aku melalut layan perasaan. apapun, angoh doakan doakan abah sehat ye. Raya cina ni angoh balik. (macamlah abah baca aku punyer blog ni..huhuhu....)

HUaaaaaUAaaaa!!!.....Ngantuk sudah...Makbuyung ngan zurra mikki dok rancak buat keje sekolah tarian diorang...Mata aku "cannot go" dah..heeheh.....Esok esok sambung lagi menyusun huruf.......*wink...

#
#
#
#
#
#
#
#

Sebelum diriku mengundur diri (CehH!!...cam bersajak pulak).....Aku nak wish 'Selamat pengantin baru' untuk my bff.....Iza dan wa... Semoga perkahwinan berkekalan ke anak cucu. Awak shantekkk bangat...heheeh...Sory coz tak leh attent ur spesel wedding harini. Tapi saya dah wakilkan encik tunang saya yekk...eheheh...1 more thing...saya berkenam baju awok...Pinjam boleh....hahahahahaha.....Korang nak tengok sicantik molek + si hencem bergaya ni.....JOmm...Zasss...........













Hidung merah bak badut....

Start cuti semester sampai lah harini rasanya dekat sebulan badan ni rasa tak sehat jek..Tak larat nak g klinik dah. Latest g klinik UPSi. memang dasyat doktor check aku. Suh tarik nafas sampai aku rasa dah tak sanggup nak tarik hembus. Apa hal lah doktor ni. Dah tak reti nak cek benda lain ke. Asik suh tarik hembus tarik hembus..pang!! bagi sekali baru tau. Dah lah aku ni tak sehat, tak perlu kot suh aku wat senaman pemanasan badan sebelum aerobik bermula. Tapi aku senyum senyum jek masa jumpa dia. Doktor domut ke ni..hahahah!!...pang!! sekali untuk aku.

Yang paling aku tak boleh blah bila aku kata aku ada athma. Then doc dengan penuh kebijaksanaan yang ada...ZassSSs..ZassSs...Cek athma aku. Ohhh!!...Awak tak ada athma. awak sehat...WHAt??...adalah doktor, saya memang ada athma. satu...dua....tiga......SAYA ADA ATHMA!!... ohhhh....Ya ya ya ya....Awak ada athma....Hayya lokter....manyak susah ma.....saya sulah makan itu ubat athma...Tapi lu kata wa talak athma...hayya.......Pang Pang!!!.....Then amik ubat terus balik.But kesihatan aku still menurun..Tak kan nak kena g klinik lagi kot....Malas malas malas....

But aku still bersyukur...Still boleh berjalan kesana sini, berbual rancak pong pang. Kalau dah sampai tahap 'terjelebek' atas katil, tu maknanya shafiza irdawati di tahap yang serius. Harus cepat cepat dibawa ke hospital..Bukan klinik tapi hospital ok.

Bila tekak sakit, kepala asik pening, gigi berlubang mula denyut denyut, aku dah stat tak lalu makan. Goreng nugget 3 ketul pun tak bis, scallop pujaan hati pun dah rasa muak gila nak telan. Bertahan lah aku ngan twister. Parah betul. memang niat nak diet but hagak hagak aku lau keadaan cam ni berterusan, tak diet pun tak apa. Memang tengok makanan jadi muak gila. Lau paksa gak makan, tak perlu jolok jolok tekak nak kuarkan makanan ya ibu ibu bapa bapa. UweeeKKkkkk.....keluarlah ia seperti termuntahnya lava gunung ber api api.

Kalau dulu masa kecik kecik, aku suka selsema coz ak rasa cam cantiknya hidung pinky pinky..hahahaha..Bila nak hembus hingus tu, sedaya upaya ak lap kuat kuat ngan towel..Sengal kan. Now??....Isshhh....asal hidung minah ni merah merah ni. Cam badut...Perghh!!....Pang Pung Pang!!....Kenyang bro kena sound ngan lu. Sejak tu baru aku tau, betapa buruknya muka lau hidung kononnya pinky pinky tu. Whatever pun aku nasihatkan korang, lau selsema, cepat-cepatlah makan ubat. Bukan apa, bila kita selsema, segala sendi jadi lemah. Dulu aku selalu ingat aku da sakit kronik coz nak selsema jek sakit badan. Upanya bila aku wat kajian kat doc, memang tu simptonnya. Macam budak lah lu minah. aku bukan pa, lau korang dah sampai tahap tak boleh kawal, camnilah jadinya.................
*
*
*
*
*
Hebat tak...hahahahaha...Senang kan!!

Wokes.....Aku causinci dulu ya. Nak borak-borak ngan mak buyung ni. Dah cukup 9bulan dah mak buyung ni. Baby, jangan kuar malam ni ya, Tunggu mama awak balik kampung dulu ek...Mama ida takut nak sambut kamo..eheheh.....Aku doakan mu selamat melahirkan baby tu ya niko.....Moga baby jadi juruh supo rayyan..eheheheh....



Nota Berkaki : Edisi tempek muka...hahaha....Biasa biasa je..Tak sehebat cik epal, fatin lyana dan dan dan.....kaklynna..heehehhe


~aku susun huruf~
11.19pm

mangkuk pemalas...

Selamat Pagi semua...Ceria jek rasa pagi ni bila semalam setel beberapa perkara tentang 'itu ini kawen' aku. En.Tunang yang zero-zero tentang "itu ini kawen" banyak tolong itu ini. Ya lah. motto "itu ini kawen" kitarong *simple but perfect*...Wahhh...hahahahahha..boleh ke...hehehe....aku cuba yang terdaya. Kalau aku kat umah mesti boleh semua benda kan. But tanggungjawab aku sebagai student ni, membataskan keadaan. Kalau ada kereta mesti aku dah boleh kesana sini untuk "itu ini kawen"....Ibu-ibu bapa tolong aku....Bagilah aku guna kereta....Kakak-kakak....Kasihanilah aku..hahhahaha.....

Dah kat kul8 maaa....aku causinci dulu lah.."itu ini kawen" bersambung nanti ye. Tak banyak yang nak share tapi banyak benda aku nak dari korang yang b2b, x-b2b...hahaha....Maybe kepala hotak aku ni seserabut coz banyak sangat benda aku nak DIY..hahahah....KOya Boh!!...heheh.....

Ok2...Stop.... Harini aku mulakan hari dengan kelas menjahit..Waduh2...cuak bangat. Hope jahitan semester ni tak buat aku stress macam dulu-dulu..Makcik-makcik tukang jahit sekalian...Tungguuuuuuuuu kedatangan aku nak tempah baju ek..hahahahahah....Sejarah mungkin berulang...kui kui....Macam-macam semangat aku dapat...'belajarlah da..ni peluang ko nak pandai jahit...."...korang tak paham beb..bukan aku tak nak, tapi aku fobia ngan mesin jahit..uwaaaaaaaaaa...takut2.......Zasss....

Cau....dah kul8...heheh

~aku susun huruf~
8:00am

Short entry...

Syok dok ngelamun petang-petang, tiba-tiba jek terdetik dalam hati...tak sabar aku rasa nak habiskan kehidupan sehari-harian kat bumi tanjung malim ni. Bosannya tak tau lah nak kata. Yang pastinya aku dah mula rasa bosan. Cepatlah masa berlalu. Dengan otak yang sarat ngan hal-hal nak kena pikir. Kalau lah aku kat rumah time ni, mesti semua aku dah boleh buat. Kat rumah ada ramai supporter.......Asal usul jek, kompem ada tindakbalas. Kat sini, boring bosan.......En.Tunang....Aku mau kamoooo....

~aku susun huruf~
6:33pm

facebook dah tak ada, ganti dengan apa??...

Tengah sibuk-sibuk ngemas meja depan bilik, tiba-tiba housemate aku a.k.a besfren aku kata," tak lama lagi kita tak leh nak main facebook oii...." Muka blur jek aku pandang dia..."awat hang kata camtu??.."...Secara lahiriahnya aku memang selalu ketinggalan zaman lau bab-bab berita penting munasabah murabahah ni. Kalau cerita tak penting, hambik ko, akulah pemberita nya. Hahaha..... Alamak, apa cer ni. Aku baru jek buka akaun facebook baru. Aku pun tak tau apa kena ngan akaun lama aku. Tetiba jek tak leh log in. Yang menjadikan aku lebih kompiusing di waktu ini, bila email yang aku guna untuk facebook aku tu pun tak leh masuk...Mula tu ak assume yang email aku kena hack...Memanglah kalut sebab tu lah satu-satunya email aku...Nak harapkan aku buat email sendiri, tidaknya. Aku memang tak minat bab-bab isi mengisi segala jenis detail borang-borang kat internet ni. Sah-sahlah gagal. Bertambah lah aku kompiusing bila aku tengok bukanlah mainnya facebook lama aku tu bergerak aktif..hahahha...apa ke hal ni... Ada makhluk lain menakhluki akaun facebook aku tu kot....Lantaklah...Jangan buat onar udah....


Balik semula ke isi penting kita, facebook dah tak ada....????....Korang rasa ni satu keputusan yang baik ke?..Dalam satu-satu hal tu, ada baik buruknya. Kang kalau tak tutup, silap-silap menggila owner facebook yek...Tu pun dah separuh gila...Untuk korang-korang yang still tak tau sal berita ni, baca lah kat link ni..(korang pun lembap siput cam aku gak ek...tak hupdate langsung..hahaha)...  pesbuk dah tak ada

Dah facebook tak ada, nak pakai apa??...encik tunang ajak bertwit..hahahahhaha...twit2 lah kamoo yek...Tengoklah..Lau ada orang bukakan akaun twitter tuk aku on jek. Boring pulak aku rasa hidup ni bila dah tak ada facebook tu. Apa aku nak buat bila dok ngadap laptop. Aku bukan cik epal yang punya idea curah-curah macam isi minyak ron95 overlimit tank. 4minit sekali hupdate blog..hahah...(jangan mare ye cik epal."perasan ko lebih, hingat cik epal jenguk blog naif ko ni"..haha) Idea memang berlambak tapi nak susun huruf lambat beb...Hahhahah....Nampaknya stat harini aku kena listing segala kerja berfaedah yang aku leh buat bila facebook dah tak ada. Kredit dah mula kena topup selalu lah gamaknya. Dulu apa-apa hal, on facebook, helo2 kat facebook. Jap lagi...Helo Salam kat hp lah pulak..Ohhhh....Tidak..Bosannya. Kalau da facebook kad kahwen boleh tag jek..Facebook dah tak ada, posmen setia membantu...Hahaaaa....

Oklah..Cam biasa, aku stop susun huruf kat sini dulu.....Causinci.....

~aku susun huruf~
4:49pm

brekpes...

Bangun pagi-pagi, pergi gosok gigi, mandi wangi-wangi, muka berseri-seri...
Kategori apakah??...Pantun??...Gurindam??..hehehe......Nyanyi jom nyanyi...Korang penah nyanyi tak lagu kekanak tu??..kalau penah, jom nyanyi sesama dengan hebatnya di pagi hari..LalLaaaallala.....

Lagu macam tu mama aku selalu nyanyi bila aku ngan kakak aku nak g sekolah pagi-pagi hari. Now, mama aku sekali lagi dengan suara yang bak saloma tu nyanyikan balik lagu tu tok adik aku pulak..Bersemangat kawan tu nak kesekolah. Ditambah pulak resepi gosok gigi dengan 'nanti mak belikan saya kodomo lion ya??..'...bersabunkan dengan wangian dr 'kita patut mencubanya...shokubutsu"..hahhahaha...Semangat semangat semangat!!....Harap-haraplah tak kecundang setengah jalan. Bersemangatlah sayang untuk kejayaan dirimu..heheh....(rindu sangat rasa kat dia)....Cukup seminggu dia g sekolah, aku call tanya cikgu ajar apa..Ajar A jek...B tak ada ke??..Slumber badak dia jawab, belum lagi, minggu depan..hahha....ok2...Nasib aku anto si kecik ni sekolah masa umur 4tahun, sekurangnya habis belajar nanti 6tahun, cikgu dia dah habis ngajar A-Z...

Entry tak ada kena mengena ngan tajuk kan?. So, korang bekpes apa pagi ni. Aku macam biasalah, roti + nescafe. Tak kan nak melantak nasi pagi-pagi buta ni...Lau dok kampung oklah nak bekpes ngan nasi coz bekpes aku pukul11..bukan sebab bangun lambat ok tapi sebab 'aku seorang pra-surirumah'..hahahah....korang yang kat rumah mesti makan sodap-sodap kan?. Aku kalau kat rumah, tak sah tak makan nasi 4x sehari. Gamaknya macam orang buang tabiat jek. Sampai mama aku tak bagi aku makan nasi. Mama korang cam mama aku tak??.. Mama aku bukan apa, bila nak makan, semua benda aku makan, pastu mulalah, mama nak duit, nak beli susu diet, nak beli cornflakes fitness nak itu nak ini tok kurus. Thats why dia cut pemakanan aku dari awal...Tapi melantak gak..Akibatnya..."tembamnya mu naik sem ni"..."Pah gano mu ni yako semangat gini mo??...tubuh ok bab peha tu guano po Fara Fauzana"....hahhahah....Sory ya Fafa pinjam nama kamu...Itulah antara komen-komen yang enak di dengar lepas naik sem baru ni. Tapi bagi aku tak ada masalah. Bila dah dok Tanjung Malim tercinta, dengan sendirinya corak pemakanan aku berubah. Lau nak kurus dok sinilah aku..Tambah pulak dok sini sorang-sorang macam ujung-ujung sem, sah2 lagi cepat kurus aku..Tak ada kawan nak ngajak makan...hehe...

Habis cerita bab bekpes...Tunggu-tunggulah entry aku akan datang pulak ye..Tak ada idea nak cerita coz otak sarat ngan benda nak buat harini. Nak hantar motor kedai uncle, nak pergi beli kain tok jahitan...Itu Ini....huhuu......Sebut pasal jahitan, bermulalah episod ngeri dalam hidup aku untuk semester ini. Menangis macam dulu lagi ke?....Lau ak tanya soalan ni kat family aku ngan en.Tunang, ak tau dah jawapan diorang...Penah ada ke semeter yang kamu tak nangis??..WOoOoii.....Ni bukan cerita SPONTAN Syarifah Syahirah ok....Soalan di balas soalan.....Tapi itulah hakikatnya..Setiap semester aku nangis ngadap keje-keje projek-projek untuk Matapelajaran Vokasional (MPV) ni. Tapi Alhamdulillah, bersyukur aku setakat ni aku cuba sebaik mungkin sedaya aku & keputusan yang aku dapat tak pernah mengecewakan aku.

 Satu je aku nak cakap, kalau korang bersungguh, bila korang dapat hasil di tambah dengan keputusan yang ok, korang puas..Boleh berbangga dengan diri sendiri..(puji kat diri ko jek,dok depan cermin, pastu ko puji cukup-cukup nak.. jangan ko g puji diri ko kat orang lain..memang nak makan pelempang)...Korang tak payah g bodek..Korang tak payahlah g cerita kat pensyarah orang tu pemalas, buat keje lambat, semata-mata ko nak suruh pensyarah tu nampak ko jek yang rajin...Come on lah baby!!...Tak perlu kot.. Ya aku akui, jadi kaki bodek banyak advantage lah kan..markah tinggi, pensyarah kenal but bagi aku Say No To BODEK-bodek...


Korang tak perlu jadi sampah camni...Tak hagak-hagak nak bodek...Bodek boleh tapi jangan sampai korang aniaya orang lainlah.. Apa-apa pun, aku harap semester ni segalanya clean. ini dah final semester untuk aku.. Hope segalanya ok & end of my study dengan jayanya.. Tak sabar makcik nak habiskan liku-liku kehidupan sebagai pelajar ni..hhhahahaa.....Master??..Phd apa cer??...hahha....Coming Soon.... *wink....

Punyalah poyo nak stop susun huruf tadi but tiba-tiba pulak masuk cita bab bodek...
Ok2...stop sini dulu ok... mau sketch pelamin impian, baju impian, hantaran impian..hahahahhaha!!!... Motton majlis aku * simple but perfect*.....mampu ke??..hehehhe...Daaa...........



~ aku susun huruf ~
9:24am

New Year!!

1st entry aku untuk tahun baru...lama sangat rasa tinggal dunia blogger ni...perghh!! ayat tak bleh blah..macamlah blog ko ni famous ala2 blog cik epal....hahahha...aku peduli apa...dah aku rasa nak tulis gitu...macammana hebatnya bloggers mengucapkan *SELAMAT TAHUN BARU 2011* masa awal-awal tahun baru tu, aku dengan bangganya dan bahagianya ponn nak ucapkan benda yang sama kat korang yang sudi terjah-terjah blog yang naif ni....~SELAMAT TAHUN BARU~......sekian...

Tu baru bab nyambut tahun baru. Harini terasa bahagia dihati nak bercerita dan juga berkongsi dengan korang bab tawen-tawen....(termenung jap!!) baru jam ni waktu ni aku dengan sedar dirinya menyedarkan diri aku yang aku dah 26tahun.....26tahun ceqq oiii.....bukan 6tahun!!....berdeborr beb..But tetiba rasa sedih coz impian cita2 aku zaman sekolah menengah (time tu zaman mula menggata!!), bila kawan2 yang sama gatal ngan aku tanya bila nak kawen..aku dengan penuh kompidem jawab...sah..25tahun aku dah kawen...ni dah overage yunk oii...But besday aku on august. So, aku dengan bangganya mengisytiharkan bahawa aku masih 25tahun..hahahahhaha (gelak jahat beb!!)....

Tak kisahlah umur brape pun..yang penting kehidupan perlu diteruskan yerk...Go Baby Go!!....

Untuk pengetahuan korang, secara lazimnya bila dah bertunang mestilah kita merancang nak kawen pulak kan..so,aku sama cam korang gak. Tapi...ada ke manusia yang nak tunang jek??..hahaa....sengal ko cik ieda...ehehe..

Kalau korang nak tahu, aku ngan en.Tunang aku tak pernah plan yang majlis kawen kitaorang ditetapkan secepat ni walaupun hati ni kalau boleh nak kawen seminggu pas tunang..hahahah!!.....So, dipendekkan cerita, dalam cuti entah macamana, entah mimpi apa, parent aku ngan parent en.Tunang usulkan supaya kami diijabkabulkan dalam tahun ni...WooOOooo...Berbungan riang hati aku time tu..Yelah..sebelum ni aku ngan en.Tunang plan nak buat lepas aku habis praktikal atau aku dah posting..Hagak-hagak makan masa 2tahun setengah kot kami bertunang kalau time tu baru nak kawen. Jodoh pertemuan, ajal maut ditangan Allah....Kita mampu merancang...So, bila dua-dua pihak setuju, tiba lah masa nak tetapkan tarikh...Time ni yang aku paling tak suka..en.Tunang sangat cerewet orangnya...hehehe...(jangan marah ye awok..) aku kata nak tarikh tu..dia kata nak tarikh ni...ish!!....geram gak time tu..Tapi disebabkan aku dilahirkan dengan sifat sabar yang lebih kurenggg.....Aku terima jeklah tarikh apa-apa pun....Hambik lah nak hambik pong tarikh apa-apa ( ayat aku versi merajuk ok)...hahahha....Then..lepas bincang punya bincang ngan pakcik makcik en.tunang, parent en.tunang, parent aku, ambik kira-kira bab berkat majlis segalanya, Akhirnya...........kami amik on jun tok majlis kami....Alhamdulillah...dah tak payah pening-pening siang malam nak pegang kalendar dek kecerewatan en.Tunang saya....(awok cerewet tapi sebab cerewet awoklah sayo tok bazir... heheh)....

Rasanya takat ni dululah aku cerita sal permulaan episod hidup aku yang terpaksa pikir bab belajar + pikir sal majlis aku..Memang jenis aku, sikap aku, aku suka pikir sendiri, tak nak menyusahkan sesapa..Even aku tak adalah gamaknya kategori kreatif sangat tapi aku rasa puas bila majlis tunang ak, segala aku buat sendiri dengan penuh kasih sayang tok en.Tunang...cettTt!!!...kompem en.Tunang sound jiwang..hahah...But, suka gak tengok kawan-kawan yang nak kawen, semua orang tolong wat..tak payah pening-peningkan...Aku tetap aku....Majlisku bukan majlismu..hahahha.....


Rancak plak lagu kat Era ni...Ni yang buat aku makin semangat nak susun huruf-huruf ni...Oklah...esok aku mula stat segala perancangan yerk.....Dengan hati ikhlas, rajin-rajinlah terjah blog aku ye...& aku akan tetap jadi penterjah terbaik blog korang.

Gud Nite...
~ Chekgu Susun Huruf ~



up