APA YANG PALING AKU RISAU TENTANG MAJLIS KAHWEN!!

source : pakcik google


Salam..
Tadi tengah dalam mood bosan, otak berputar pikir nak enjoy ke mana, tapi jumlah duit dalam wallet tak mengizinkan. Tetiba terasa nak tengok pic orang kawen. Blog photoaura sudah pastinya jadi sasaran termasuk menggunakan perkhidmatan pakcik google aku. Tak dinafikan hasil kerja photoaura memang ganazzz lah. Pose pengantin memang stylo. Happening jek tengok.. Tapi bukan keadaan sekeliling yang jadi tumpuan aku, bukan kecantikan kegojesan baju pengantin tu dan bukan juga keajaiban sentuhan MUA pada wajah pengantin...TAPI...pada barisan gigi pengantin yang tersusun shanteekkkk bila tersenyum...Time tu timbullah rasa jeles, dengki... Manusia kan, penuh dengan nafsu nak sempurna. Tak reti bersyukur langsung kan??..Bukan korang tapi aku. heheeh....

Pastu mulalah aku risau tahap gaban...Camane lau photograher aku minta senyum camni, camtu...sahlah buruk pandangan jadinya. Almaklumlah....Pembangunan Tak Terancang...hahahaha....Kang kalau pose tak senyum, katanya pengantin tengah marah. Penat aku pikir. Sempat gak seminit dua bila time nak gosok gigi pepagi tu, try depan cermin senyum2 kambing. Try & error bak orang kata. Tapi...Tapi.....UUUwaaaaaaa....mau nangis dibuatnya. Camane ni....Hagak over kalau aku request kat photographer aku  "hye cik mimi...sila edit pic saya elok elok & edit sebaik mungkin supaya gigi saya nampak tersusun...Hagak over tak pernah dibuat orang...

source : pakcik google -- ajaib kan...eheh

Penah jugak aku bising kat mysis terchentaa.....Yu, aku nak pakai pendakap gigi lah. Hagak sempat ke nanti aku kahwen pembangunan ni jadi terancang.....heheh....3bulan masa beb. Mane sempat..Paling syok bila mysis kata..........dari mu dok pikir hal pembangunan tak terancang tu, lebih baik mu pikir pasal benda len. dahlah banyak benda lagi mu tak buat.. ....Wokies....Itulah mysis..Sangat terancang orangnya. Benda penting sentiasa diutamakan. Lembut tapi garang + tegas. Aku??....Nampak jek garang tapi dalam hati ada taman beb....hehehe.....

So, sekarang aku tengah cuba cari penyelesaian untuk permasalahan yang aku hadapi ni. Rugi oooo bayar photographer mahal2...Pose dah cantik tapi ada jugak tang yang tak cantik dipandang. Sah sah bila aku upload jek gambar kawen, 1000komen dr 1001 komen sal pembangunan tu...hahahah....... En.Tunang cukup marah bila aku bangkitkan isu ni. Paling aku tak boleh blah......Saya kenal awak, pembangunan tak terancang tu dah wujud......Ada saya lari bila 1st time dating saya tengok awak senyum dihiasi dengan keindahan pembangunan tak terancang tu??......Memang best...Kenyataannya......"awak tetap shanteekkk dimata saya".....Perghhh!!......Nak gugur jantung aku time tu. Mulalah simpul biawak malu2...Hahahhaa.............


Nak pkai braces pun dah terlambat...so, sekarang aku tak akan putus asa untuk cuba cuba dan cuba mencari senyum tercantk penah aku buat...ahhahaha...Jangan pecah cermin bilik air dahlah.....Wokies.......Cau......Layanzzz pic shantekk aku..ahhahaha

Senyum terbaik penah aku buat...tapi orang kata aku tak senyum...camane tu??...


Satu wajah satu gaya...hahahaha




See...Shantekk tersusun gigi kakak aku...punyalah lebar die senyum...aku??.....control sebaik mungkin...huhu          
Jauh2 berani lah senyum lebar2...pembangunan tak terancang tak nampak...hahah..jeles gile tgk my bff senyum...gigi die memang tersusun...awok shantekk yunk..hehe




sekali lagi...see.....sukenyeee both of my bff ni....jelesss ooo....suke2 dia jek nak senyum selebar mana ekk,...

Sekian....Semoga ketakutan ni beransur hilang...hahaahhaha....

~aku susun huruf~
1:52pm

Masuk Hotel Keluar Hotel

Salam,
Tajuk panas ke? Adatlah kan kehidupan masa kini. Hotel tu bukan tempat orang senang kaya raya duit juta juti jek boleh masuk. Segala golongan yang ada tak kira tua muda miskin kaya boleh masuk. Minah rempit, Mat tersepit, cikgu sekolah semua masuk hotel keluar hotel kan. Untuk apa tujuan apa, nawaitu mereka aku tak tahu. Yang pasti entry aku malam panas ni bukan nak cerita pasal tu pun.hahahahha.......Saja bikin tajuk panas. Korang lau sebut hotel masuk keluar sah2 laju jek nak baca kan...OK...Stop..

Entry kalini bukan entry maki hamun caci maki orang ok. Cuma aku terasa nak bagitau yang sekarang ni hati aku tengah panas. Tapi aku suka..Ya, aku sabar tapi hagak-hagak bila nak bersuara tu. Suara lantang tak menjamin apa yang korang kata membuatkan semua pihak setuju. Dan kelantangan suara aku, aku gunakan bila aku rasa sesuai. Tak dinafikan mulut aku bising satu dewan boleh dengar tapi kalau aku rasa aku tak suka aku tak puashati, apa salahnya aku bersuara sambil lambai2 tangan macam hantu kak limah tu kan. Tak salah bagi aku. Korang pun bersuara jugak bila ada yang tak puashati. So, korang ngan aku tetap sama.

MALAM PRAGRADUAN  ------- semua cerita start untuk planning malam pragraduan untuk geng2 cikgu cikgi KH ni. Rumusan lah, selama ni buat dinner pun, bayar RM10, berapa kerat aje yang join. Kadang join tak ikhlas pun but nak bagi sokongan kat membe yang jadi AJK. Selalu sangat tak berbaloi. Untuk kalini, aku dah final semester so, tak ada kenangan nak dinner belakang dewan, duduk atas kerusi plastik, bermejakan tapak tangan. hahahahah....So, malam pragraduan kalini decide nak buat kat hotel. Ok, jujur aku appreciate lah segala usaha korang handle benda ni. Bukan semua orang sanggup buat kerja tu termasuk aku.

Yang jadi masalah kat sini, BERSALAH kah orang yang tak nak join malam tu? Perlu di DENDA kah orang yang tak pergi malam tu? Kalau ada antara korang jawab ya bersalah ya patut di denda, aku terima dan aku tahu korang ada alasan yang tersendiri. Dan aku sebagai salah seorang manusia dari kalangan orang yang tak pergi tu, punnn ada alasan tersendiri nak cakap yang kami tak bersalah, kami tak patut di denda. Korang kata aku kurang ajar ke? Suka hati koranglah nak kata apa tapi aku tetap nak bersuara.


cikgu cikgi...ini bentuk otak kita diciptakan untuk berfikir..JOM BERFIKIR.....kempen MARI BERFIKIR..huhu


Mesti korang nak tahu kenapa aku tak pergi kan?. Kalau yang tak nak tahu yaaaa udah...ehehh... As u know, aku sekarang memang nak guna duit banyak. untuk projek jahitan lain, tugasan lain dan yang paling utama sekali untuk majlis aku bulan6 ni. Maybe bagi korang rm100 tu ciput jek nilainya tapi bagi aku, nilai sebanyak tu aku boleh guna wat tempah kad kahwen, beli lolypop untuk si kenit si kenit majlis.. Tak pun baling bangsat aku beli kek secret recipe as hantaran...Sukalah bakal laki aku tu yekk!!.... Betul ke tak. Dah tak ada masa bagi aku nak labur duit sana sini untuk kerja tak berfaedah. Nak marah aku kata kerja tak berfaedah ke?. Marahlah..Ada aku kisah...kuang kuang kuang!!!!........

Meeting tadi aku sorang yang tak pergi, terlepas stay dikalangan orang-orang yang pergi. Nasib tak kena lenjan aku td ekk..hahahahah...Bincang punyer bincang, kira untung rugi, pihak pergi decide nak minta kitaorang yang tak pergi ni tanggung rm10 sorang untuk bayar kerugian pada pihak hotel yang dah book. Aku ni bak besi terkena renjatan, terus bangun. Saya tak nak bayar...hahahahah.....Sangat kejam ok aku masa tu but lantaklah. Itu hak aku. Then sana sini dengar suara. Terimalah ya. Kalau korang tanya pun, berapa kerat sangat yang sanggup bayar. Bukan aku nak kurang ajar atau tak bertimbang rasa, tapi ak nak korang jadi aku. Aku berani kerat jari kelingking lah yang korang pun 2x5=10 tak nak bayar. Kan? Kan? Kan?...heheeh.......

Time tu aku tak terasa sangatlah api kemarahan ku terbakar.....hahahahah....Tapi paling aku rasa segala bulu roma berdiri terpacak.....bila ada kata "orang tak bayar orang tak ada otak"....Menyirap darah ak bebb.....Ayat tu wat aku rasa nak leret cerita ni. Hagak hagak lau nak kata. Sekeras aku ni, kalau semua bayar, aku akan bayar. So tak payah nk mencipta 'mulut longkang' ok. Waaaa terima dengan baik ayat lu...hahahah.....Waaa akan jadikan ayat baekkk lu sebagai pedoman masa hadapan...BOleh...hahahaha...

Terfikir jugak, aku ke yang perbesarkan hal ni. Tak ada  niat beb nak besarkan hal ni but aku memang rasa cukup tak puashati lah. Kalau korang rasa korang tak nak rugi, aku pun rasa benda sama gak kawan. So, sama sama fikirlah ok. Tak perlu nak buka gelanggang lah untuk setel hal ni. Bukan nak lawan sumo..hahahah

Apa pun aku minta maaf ngan statement aku yang buat korang terasa. Tapi aku ada pendirian aku sendiri. Aku insan yang lemah...cehhhh....hahahaha.....Hal ni sebenarnya boleh selesai dengan cara elok ok. Kitakan cikgu bitara...hahahah....

Wokies....setel.......Calm down ieda.....hehehe

P/S : wahai kawan kawan ku yang pergi, sory banyak ok. Sama samalah kita bertimbangrasa. Bukan bertimbang berat jek yang diutaman tapi bertimbang rasa tu lagi penting dari bertimbang berat..eheheh...Aku harap hal ni setel & korang enjoy ngan aktiviti tu k.

 
Ni bukan otak berharga RM10 ok, ni otak2..NYUM2....Sedap dimakan begitu sajaaaa...ohhh...nyum..








Selingan ubati hati....InsyaAllah....












~aku susun huruf~
12:23am

Cerita 15 feb 11

Salam readers semua...
Lama tak post entry. Tak kisahlah cerita satu hari makan maggi ke, dua hari kena cirit birit atau berbulan bulan tunggu jerawat atas dahi hilang, yang pastinya memang dah lama aku tak post entry. Kalau ada en.nuffnang, mesti semakin semarak api kerajinan aku nak post entry kan..Wahh...duit aje ko pikir ye ida. Dah tu, korang ada ke yang saja2 nak derma kat aku 10, 20 ----- 1000?... Rezeki beb, susun2 huruf, dapat duit. Bestkan??.. Tapi Dia dah tetapkan rezeki aku bukan datang dari situ so, aku sebagai hambaNya redha. Wassssss...!!!

Actually, aku baru jek balik Tg, Malim terchentaa ahad lepas. Orang lain cuti raya cina seminggu, aku ni mengalahkan cina beraya pulak. Lajak amik cuti 2minggu. so, nasib ko lah ida bila segala tugas tergendala. Pastu dah naik cuti ni, mulalah serabut tengok kertas A4, pen merah pen biru, u marah i luv u..hahah...Berpantun seminit..Apa??....Meluat?....cettt!!....Hobi aku shopping beli belah..BOLEH BLAH!!...hahaah...

Tinggalkan ruangan berbalas pantun ok. Back 2 da misi. Entry kali ni tak ada apa yang seronok. Macam biasa edisi luah perasaan. (jiwang seyhh minah ni..huhu...LANTAK!! ) Masam manis pahit tawar segala ada. 2minggu cuti, aku amik masa untuk setelkan beberapa perkara penting hal nikah kahwen. Alhamdulillah dengan bantuan mama, family en.tunang, segala berjalan lancar. Kalau nak cerita satu persatu rasa banyak lah pulak. Nanti aku buat entry pukal bab persiapan nikah kawen yang lepas yaa. Still dengan trademark aku ' tak ada apa yang menarik ponn'....hahahha...(tu namanya sifat merendah diri..cett! ) Cuma persiapan yang simple. Kalau baca entry b2b lain, hebat hebat tuuu....Think +...

2minggu cuti. Cuti memang cuti tapi aku rasa cuti yang sangat memenatkan. Bukan cuti besantai tepi pantai sedut2 udara segar, angin bayu bertiup ok..Bukan. Cuti yang memenatkan, cuti yang sentiasa ditemani oleh kesihatan yang tak mengizinkan. Asal cuti jek tak sah kalau Cik Demam tak ada. Bila cuti jek mulalah dia nak dekat ngan aku, Kadang kadang sebelum cuti tu siap2 berdoa supaya Cik Demam tak tahu yang aku cuti. Kalau tak, kompem 100% menyibuk jek dia nak dok dekat aku 24/7....Tapi aku still +. Kesakitan yang datang adalah ujian untuk diri aku. 

Ok, actually tujuan sebenar aku nak cerita satu azam aku untuk beberapa bulan ni. Masa dok layan cerita indon tv3 yang pukul2 tu, apa dah tajuknya..........aku lupa tapi aku ingat nama winda dalam cerita tu Marshanda...Best ooo layan indon..hahahah....Tengah layan punya layan dan layan...Tiba tiba mama dari dapur datang letak bekas keropok atas riba. Perghhh!! Tekezut anakanda mu ini wahai bonda. Dahlah panas. Pe ke hal mama aku ni, nak bunuh anak apa..hahaha....Mama aku kata dua tiga kali dia lalu depan aku tapi aku wat derkkk jek. Dan beberapa kali jugak dia panggil aku suh amik bekas keropok tu kat dapur, aku still wat derrkkkk jugak. Last skali, amik ko. BERANGAN....Tu lah satu perkataan yang sesuai untuk situasi aku time tu. Sebab banyak benda kita fikir so, kejap2 kita lalai, kejap2 kita lalai. Tu aku, korang aku tak taulah.  Kalau korang bukan macam aku, baguslah. Bagus betul korang ek...ehhehe...

Time tu aku dok fikir yang aku kena tetapkan satu azam. Azamudin ke, azam tahun baru ke...Bukan bukan bukan. aku tau ramai sekarang yang kawen time belajar. Tak ada pun yang timbul masalah macam aku kan. Fikir fikir fikir tak sudah2. Yang pastinya aku ngan korang berbeza...I am what i am...hahahaha...

Orang lain maybe senang coz pergi sana tunjuk pergi sini tunjuk. Bukan nak kata aku ni save budget gila-gila sampai semuanya nak DIY tapi sebagai seorang orang yang lebih pikirkan hari hari yang aku nak lalui lepas majlis tu, buat aku lebih kuat nak DIY segalanya. Mesti korang kata 'DIY konon, padahal kedekut, padahal dia tak ada duit'....hahahah...tq2......Ya, jujurnya dalam bank aku tak ada ratus riban macam korang. Setakat riban2 aku boleh bangga lagi. Bila chekgu tanya - siapa ada riban dalam bank- aku ada peluang lah nak angkat tangan macam berebut nak jawab soalan math mod masa zaman sekolah dulu kan. 

Riban tu bukan banyak pun. Dengan sekarang kita tengok itu ini mahal. Sekelip mata jek aku leh cakap yang riban2 tu jadi singgit dua inggit. Nak percaya silakan, tak nak percaya...Ada aku kisah...eehh..Peace!!
Majlis aku simple jek. Atas permintaan abah, aku turutkan. Ikutkan nafsu ni, semuanya nak kan. Orang tu buat tu, kita nak, buat ni kita nak. Itu namanya nafsu. Tapi nafsu boleh dikawalkan, sebaiknya kita cuba kawal even segalanya kita nak. Abah banyak bagi nasihat yang aku rasa terbaikkk.....Kadang kadang aku rasa takut nak dok berdua ngan abah coz time tu abah akan mula brainwash aku di susuli dengan nasihat2 terbaik. Takut bebb!!.....

Bila orang mula tanya, how's ur big day preparation??.....Baju, pelamin, makeup, hiasan bilik, meja beradab amik ngn bridal mana?..Deco hantaran tempah kat mana?..Kad kahwen wangi ke tak?..Yang paling best -MAS KAHWEN + DUIT HANTARAN ko berapa?...Hambekk ko....Mane satu nak jawab ni...ahhaha...Kadang-kadang soalan ni wat aku tension. Bila dok tanya banyak banyak kali oleh orang yang sama wajah paras rupa perangai...terasa gak nak jawab, ko peduli apa nak amik ngan bridal mana, ko nak tolong support ke??...heheh...Tapi tak sanggup beb...Waaa nampak ganaz...garang tapi waaaa cuba tak wat orang sakit hati...Kalau ada yang tersakit hati ngan aku, ampun maaf dipinta lah yek..hehehe...Aku mampu SENYUM....senyum....senyum....Senyum itu sedekah beb......Nak sedekah duit jarang2 sekali buat, Pe salahnya senyum kan...heheh...

Oklah, untuk pengetahuan korang yang suka bertanya..aku tau bukan niat korang nak jaga tepi kain aku tapi juz nak tau jek kan. Mehhh2 ramai dok depan chekguu meh nak bagitau ni...My Big Day ni aku wat simple jek. Jemputan pun tak ramai tapi kawan2 tu aku tak lupalah. so, sesuai dengan motto MBD aku tu, boleh dikatakan banyak benda aku guna yang aku sendiri. Ok...Apa??...Tak Paham??.....Ok2....Belum layak jadi chekguu kot aku ni..ehheeh...

PUKAL
1. majlis nikah baju sendri, tak ada pelamin coz kat masjid
2.majlis sanding baju sewa, pelamin sendri, meja makan beradap sendri, bilik sndri
3.bertandang - untuk baju aku beli kain jahit. sangat berbaloi ok. tapi baju tu tak adalah vogue cam korang..hehe....aku pikir baju tu aku nak guna pas kawen, dats y aku jahit.
4. bilik belah laki pun wat sendiri, sah2 aku penyumbang idea...hahahaha...i cerewet ok....tapi en.tunang 6x cerewet..ahahha
5. deco hantaran belah aku alhamdulillah setel, belah laki dalam proses. Macam biasa, megalace KB jadi sasaran coz akak sedara aku keje situ. Ada jugak nanti beli kat kedai lain. But major amik situ lah.
6.pintu gerbang segala tu, akn dipikirkan nanti coz lau tak ada pintu gerbang pun perkahwinan aku tu tetap sah kan...ahhahahaha....
7.Makeup - setel
8.phtgrpher - setel ( mimi, do da best ok...hahahaha.....nnt2 i promote u lak kat orang lain..hehe) 

Yang penting aku banyak DIY & aku mulakan sikit2 kat sini kalau segala keje setel. Yang len aku sambung on mei ni. Nak buat kat sini sebenarnya boleh jek kalau aku tak ada keje. Ni dengan jahitannya, multimedia nya, macam2. 

Apa2 pun segala yang aku nak buat akan aku buat ikut kemampuan aku dan masa yang ada. Janganlah pulak bila aku kata nak DIY, korang dok bayang benda yang gah2 tu aku nak wat. Simple bolehlah. Actually ada sebab kenapa aku nak buat sendiri...So, aku dengan rendah diri minta korang paham. Telinga aku ni belum masuk tahap pekak lagi. So, lau nak mengata atau nak kata menyindir dengan apa aku nak buat, sila tengok kanan kiri dulu ok. En.Tunang aku jenis tak kisah habis beribu tapi dia lebih hepy lau nampak barang tu, So, aku turutkan. Jap g segala benda tu kita guna kat umah kita ye sayammmku...hahahah...

Ramai jek blogger yang kahwen segala DIY even diorang keje besar. But lau minat, sebulan masa pun sempat tau..Semangat beb....hahah....Do da best ye ida............

Tq so much family aku, family en.tunang (termasuk makcik2 dia sangat nampak bersungguh..hehe) pakcik makcik aku semualah + kawan2......tq......

Panjang gile entry kalini. Saje post panjang2. Nanti berbulan pulak tak post.....

Apa2 pun doakan rezeki aku ngan dia murah demi membina masjid ni yek..hehehe....doakan segala berjalan lancar. Semoga doa korang dimakbulkan........Lau korang nak share apa2 dengan aku sal DIY projek ni,aku dengan dulang2 menadah. heheeh...

Okies....Causinci......Pewut dah minta di isi..hehehe

Edisi Terlupa : aku lupa nak bagitau azam apa yang aku dok nak cerita sebenarnya. azam tak seberapa aku tu ialah --- Jeng jeng jeng....hahahah.....Aku nak lupakan kejap hal nikah kahwen then concentrate my study dulu. End of april insyaAllah aku habis study....Continue balik fikir itu ini....Moga-moga sebulan masa tu cukup untuk MBD...InsyaAllah....amin...

~aku susun huruf~
12:11pm 






Macamana nak buat, pening kepala dah rasa cuba cuba ni...

Isnin, 24Jan.....Otak dah tak boleh fokus untuk study. Rasa yang ada nak cepat balik kampung. Cepat tak cepat, ahad jugak sebab kehabisan tiket.

Dah otak kosong, segala kosong, idea nak bercerita pun kosong jugaklah. Harini sehari suntuk bila ada msa terluang, aku try try try jugak nak setelkan masalah nuffnang aku tapi...hampesssss....

Camane nak buat ek. Ke kira memang dah tak ada jalan penyelesaian??...hehehe....Aku teringin gak macam orang orang terkenal itu yang cecah 4angka beb dapat income dari nuffnang. Best kan?.  Tapi aku, langsung tak gerak. Padah betul.

Rasa macam nak wujud satu blog baru jek. Register nuffnang baru then mana tau ada rezeki pulak kalini kan. Akan di fikir fikirkan nanti.....

 Edisi Tayang Muka..hehehe



No Idea.......

P/S : encik tunang kata kalau blog ni guna cik eida lagi bes dari berbahasa aku engkau..hahahahahaha......Causinci....



~aku susun huruf~
5:04pm

20 januari 2011...pejam celik pejam celik....

Selamat Pagi semua..
Nak post entry pagi pagi ni bukan ada idea sangat pun. Nak cerita pasal mimpi malam tadi pun dah tak ingat. Tapi yang pasti bukan mimpi yang menakutkan lah. hehe...Kalau aku mimpi ngeri, aku bangun mesti tak lena tido dah. Duduk termenung sampailah terlena sendiri balik. Takut broooo!!...

Pagi ni aku ada diskuci kat kampus. Mabuk agaknya group aku ni. Wat diskusi pukul8 pagi. Bukan masa yang jadi masalah tapi otak aku ni.Pagi pagi macam ni, bukan otak aku boleh pikir sangat idea idea bernas..Apa pun thanks to SORFINA coz engkau dah tolong wat soalan tu. HAHhahahahah....

Breakfast pagi ni macam biasalah......air nescafe...... + biskut oat crunch....Kejap lagi diskusi dekat library. Sah sah aku akan hentam nasi lemak library..Sedap ooooo...Tapi lagi sedap nasi lemak pujaan ku hai kedai bunga tanjung. Tapi kedai tu dah tutup....Sadis....Banyak tapi ya.

Lepas diskusi, aku plan nak sambung jahit kain tok projek baju kurung aku dekat lab. Almaklumlah.....aku tak ada mesin jahit. Tak kan nak angkut mesin jahit antik mama dekat rumah pulak....WAssssemakkk!!

Tapi memang rasa susah tak ada mesin jahit coz aku bukan boleh g lab tu setiap masa. Satu projek seminggu. Mana nak sempatkan. Tapi semalam aku dah selamatkan duit aku sebanyak RM50....heheh...Patutlah en.Tunang selalu cakap aku ni kalau nak buat apa apa tak pernah pikir panjang. Dah buat baru nak fikir..betul betul betul.....(versi aku ok bukan upin ipin)

Nak menjahit ni amik masa juga sebenarnya. Lagi lagi untuk orang macam aku yang fobia ngan mesin jahit. TApi alhamdulillah...Semester ni, fobia fobia dah tak ada ok. Aku usaha lah jugak. Tambah pulak membe group aku semua ok. Tak pentingkan diri. Saling bantu membantu. So, tak adalah buat aku tension sangat. Bahagian baju dah siap. Tinggal kain jek. Semalam aku sempat jahit setengah jek. Nak jahit zip, kena ganti kepala mesin apa entah. Malas lah coz aku macam dah  nak muntah dok dalam lab jahit dekat 3jam setengah. Boleh gila aku macam ni. InsyaAllah jap2 lagi tak ada masalah kot aku nak jahit baju aku + syasya...hehehe...Tapi kain cotton lah. Kain lain belum diturunkan ilmu tu pada aku...hahahaahha

Dah pukul 8pagi. Nak breakfast kejap then terus gerak g kampus.

Pejam celik pejam celik dah nak tiba penghujung bulan1 kan. Sekejap aje aku rasa...Masa masa masa....


~aku susun huruf~
8;03am

Episod Chenta Kami : 2 --- Gerak gempur

Asyik post entry pasal hati perasaan jiwa raga bakul segala. Mana cerita sal 'itu ini kahwen' kan?. Perasaan?. Mestilah happy kan. Tapi dugaan masa depan depan ni kita tak tahukan. Aku cuma mampu berdoa doa doa dan terus berdoa. Moga moga rintangan yang datang dapat kami tempuh.

Lusa En. Tunang datang. Kebetulan jek dia datang. Sambil dia nak jumpa company dia, singgah kejap kat aku. So, kitaorang planning nak setelkan beberapa hal yang boleh disetelkan. Jumaat ni insyaAllah kitaorang ke Shah Alam. Nak g amik printer pada adik en.tunang. Hope aku ingat lagilah jalan ke uitm Puncak tu. Kalau dulu masa kakak aku study situ, selalu jugak ke sana. Ni dah agak lama tak g. Jumpa kot. Kalau sesat pun, tak adalah sampai siam....Woopsss.........eheheh...

Dalam kepala otak aku dah plan nak singgah kat Romantika. Nak cari something nak letak tepi katil. Itu pun kalau harga berpatutanlah. Biasalah. Bila student nak kawen, macamnilah jadinya. Itu nak murah ini nak murah..hahahaahah....

Projek DIY??... insyaAllah jumaat tu juga sambil nak cari kain kain untuk kegunaan subjek jahitan aku semester ini, nak beli sekali kain langsir yang sesuai untuk buat bantal hantaran. Harap jadilah projek DIY aku ni. Minggu depan nak balik, so, boleh lah buat sikit sikit.

Bab baju nikah dah setel. Cuma nak cari tudung, veil & aksesori yang berpatutan. Nanti time nikah tu aku plan nak pakai tudung bawal jek, Tak tahulah kenapa tapi terasa nak pakai tudung tu. hehehe..lama sangat kot dah tak pakai.

Sabtu, en.tunang plan nak g KL. Dia nak beli something then sambil tu boleh aku cari kain untuk baju bertandang. Hagak mahal lah ciffon beaded yang aku nak tu. Hope en.tunang tak banyak komplen yaaaa.......aku nak cuba minta harga mak andam. kalau ada rezeki, lepaslah kan...heheh.....

Ahad, en.tunang nak rehat coz isnin dia nak jumpa Dato' kesayangan dia tu..hahaah....Gud Luck ya. Doa saya sentiasa mengiringi awak.

Bilalah nak buat checklist. Rasa macam banyak sangat nak kena buat. Kakak aku dah bising coz segala nampak relax. Bukan apa, dia takut aku kelam kabut. Almaklumlah, due dia 3jun. Dia takutlah kalau dia tak dapat tolong aku. Tak apa wahai mysis. Dont worry....aku akan buat yang terbaik. "simple but perfect..Wahhh!!

Dah 7suku....nak solat, bersiap nak g kelas. Malas penat semua rasa ada. Cayyokkk!!!.......Be strong ya shafiza.... Abaikan semua rasa yang tidak enak ok..........Moga moga semester ni tak bebankan engkau macam dulu dulu....amin....


~aku susun huruf~
7:16pm

Mesejnya ringkas tapi bermakna...

Untuk awak : ----------->
Jangan berdendam....
Sabar....


Tq....sebesar kuman pun saya tak simpan perasaan dendam....Thanks...

-----------------------------------------------= = = = = ----------------------------------------------------
*
*
*
*

6:53pm --- Cik Susun Huruf kekenyangan... Semangkuk Bihun + kueh teow celup di balun dengan lahapnya setelah sehari suntuk tak makan. Diet lah sangatkan. Malam ni ada kelas lagi. Penatkan kelas malam. Lebih baik kelas kul8pg sampai 7ptg dari malam. Balik kelas malam, sah sah tak boleh buat apa. Penatkan. Sabar. Final semester. Hiasi semester ini dengan kehidupan yang menyeronokkan dan berwarna warni....*wink

~aku susun huruf~
6:56pm



up