Halooooww!!

Salam....
Bila tengok last post 2011 feb...wahh...lebih setahun ida menyepi dari dunia blogger kan. Yelah, even tak terkenal macam blogger lain tapi dengan penuh yakin dan berani ida nak menyatakan yang mesti ada blogger menunggu-nunggu ida post entry kan..eheheh...

Dua ribu dua belas.... Untuk 2012, dah jejak ke bulan Julai. Rasanya banyak sangat story yang 2011 tersadai cenggitu jek. ZapZussZappZuss.....................memutarkan minda mengingati memori 2011....Ya, tahun yang begitu mencabar dan meninggalkan banyak kenangan. 

2011 :
April...Ida mula bergelar seorang isteri. Sangat mencabar jiwa dan perasaan bila terpaksa berpisah dengan encik suami yang kerja merata-rata..On Jun, disahkan pregnant...Saat yang ditunggu. Seronoknya encik suami sampai tak lena tido..hehe... Bahagianya bila kita dapat membahagiakan orang yang tersayang. Keluarga Shamsuddin akan menerima cucu ke dua....Hannah Damia dapat cousin...

5OGOS - Terima panggilan dari mysis...Abah jatuh n macam kena strok. Ya Allah. Tuhan saja tahu perasan tika tu. En.Suami cuba menenangkan si isteri. Sampai rumah, tengok keadaan abah, hanya Allah yang tahu. Tak pernah ida bayangkan yang kami sekeluarga akan di uji dengan ujian yang sebegini kuat, Tunjang keluarga.....Mama nampak tenang. Sebaik mungkin mama cuba selindungakn segala kegelisahan. Ida? Cuba kuat tapi tak tau kenapa. Susah nak terima bila tengok abah dalam keadaan gitu. 3hari ulang alik dan berkampung di hospital...

8OGOS - Akhirnya abah menghembuskan nafas terakhir di hospital Kuala Krai. Patutlah masa kat sekolah, rasa ngantuk yang amat. Sampai tak dapat nak jalankan p&p. Tido dalam bengkel. Rupanya pentanda yang abah akan tinggalkan kami semua. Allahu Akhbar....cukup seksa rasa nak ingat balik keadaan masa tu. Apapun kami redha dengan pemergian abah. Pesanan terakhir abah pada ida n en,suami akan kekal selamanya. InsyaAllah, setiap kali tiba tarikh ni, ida akan cuba tunaikan niat ida....

Bulan2 seterusnya, macam2 kenagan yang suka seronok sedih geram jadi. Apapun, berakhir sudah 2011....
Kini....................2012 lahhhh ida oiii.....Dah nak masuk ujung tahun dah pun...heeheh...

Oklah..entry kesimpulan 2011 jek ni... nantikan entry seterusnya yek...Tunggu ida upload pic bambam kami...Zassss.............

Syukur Menjadi Seorang Wanita..

Kalau kita baca mana-mana buku agama, mesti akan ada satu ayat yang mengatakan........kaum yang paling ramai dalam neraka adalah kaum hawa...wanita...betul tak...Dalam Al-Quran sendiri ada ayat bermaksud yang tersebut. Tapi, adanya juga kita patut bersyukur kita dilahiran sebagai seorang wanita...Banyak nikmat yang boleh kita perolehi...Tapi, jagalah perilaku sebagai seorang anak perempuan kepada seoarang ayah, seorang adik perempuan kepada seorang abang lelaki, seorang kakak perempuan kepada seorang adik lelaki dan seorang isteri kepada seorang suami.......dan seorang ibu kepada seorang anak lelaki..Apa yang aku nak maksudkan, kita sebagai wanita dipertanggungjawabkan kepada golongan tersebut...




Jom...baca ni...Selalu sangat dok cerita sana sini pasal diri aku, harini terasa nak berkongsi sedikit info..... 


KEISTIMEWAAN WANITA

Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh
.

Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu
.

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab
baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan
mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah





Renung renungkan...Bersyukur kita di lahirkan sebagai seorang muslim dan wanita.....  (^_^)

~aku susun huruf~
10:30pm

Ini kisah antara aku, dia dan kamu....

Hye!!
U'oll tengah buat apa ya...Bagi aku hujung minggu ni memang saat hari masa yang paling bosan. Yelah, selalu sangat aku duduk umah sewa ni sesorang. Yang tu balik kampung, yang tu balik umah suami, yang tu keluar dating...macam macam ya.. Aku?.....heheheeh........Patuh pada arahan Sarjan Misai....ehheeh...

Actually malam ni tergerak hatilah nak cerita tentang aku, dia dan kamu...Siapa aku??.....Sah sahlah owner blog ni kan. Takkan korang pulak. Tak pun makcik cleaner UPSI ke makcik klinik maybank Tanjung Malim ke..Bukan bukan bukan...Aku tetap aku...hehehe,...Lalala.!!!................So, siapa dia.....ok..Dengan mood sedih, marah, geram...........aku suka bercerita tentang dia...Dia ialah sebuah pusat kecantikan yang gah lagi lah popular di Malaysia dan obersi barangkali...heheheh......Konon...masuk tv...Bukan main lagi yekkk dia...geram ni geram nih....Tapi nak salahkan dia tak boleh jugak...aku ni pun bodoh jugak..cepat percaya sangat...even kawan kawan dah nasihat, siap tanya blogger len lagi tentang 'dia', tapi kedegilan mengatasi segalanya. hahaahahah....

Korang mesti tau 'dia' tu ape siapa....Straight 2 the point...actually aku penah amik pakej nak mencantikkan diri ni lah kan kat situ..Muka....Muka berjerawat....so, amik pakej bukan harga rm50, rm100 ye adik adik ibu ibu bapa bapa.....beribu aku amik......ok....Consultant kat situ memang pandai pujuk rayu sampai aku ni termakan pujukannya...so, pendekkan cerita, 4kali treatmeant, bagi aku treatment yang sangat menyeksakan, Hasilnyeeeeeeeeeeeeeeeeee......Hambek ko....Dah macam jalan berbatu muka aku, jerawat besar ibu jari dowwhhhh tumbuh...Aku minta penjelasan pihak 'dia' then 'dia' minta aku tambah pakej...Kepala Hott 'dia'.......Aku buat keputusan nak stop wat treatment tu.....tapi muka bila dah teruk memang susah gila nak hilang.....  Aku tak nafikan yang skin aku menag dari dulu jenis berjerawat tapi yang paling teruk penah aku alami masa praktikal sekali, sejak duduk unimap dan seterusnya meleret sampai masuk UPSI, pakai apa pun tak jadi...Pergi pusat kecantikan termasyurrrrrrrrrrrr tu ingatkan akan ok..Rupanya semakin teruk teruk teruk yee....

Paling aku terasa nak malu bengang coz time tu aku nak bertunang. Nak tadah muka bagi orang makeup pun seksa malu kan. Si jurumekap pun geli kot takut ke berjangkit yaaa....Sampai adik aku yang kecik kesian tengok aku coz menangis menahan kesakitan. Lau korang yang penah alami benda ni tahulah. Betapa sakitnya semua tu. Bila jumpa sedara sedara, semua kata jerawat resdunglah apalah. Nak kata  tak berpantang, aku manusia yang kuat berpantang ok...So, dipendekkan cerita lagi, lepas majlis tunang tu, aku jumpalah dengan si kamuuuuu........siapa si kamuuu..???  ............................jom2......melawat blog ni......terima kasih kamu...Dan lau korang nak tengok keterukan muka aku masa tengah teruk tu...g lah melewat blog tu....
-
-
-
-
-



ini aku.....depan2 korang still leh nampak parut lubang sikit coz pusat kecantikan tuttt tu suka picit jerawat sedaya upaya even tak keluar...tapi...parut hitam, jerawat batu bata ke ape segala batu bernanah yang sakit memang dah tak ada...so..so....jom try...
Peace sekor2 diri..eheheh

Tapi untuk hadapi keadaan macam aku memang perlu kesabaran ok...sabar banyak banyak... (^_^)


~aku susun huruf~
9.45pm

Jom Join Us....




Jom2 join faceblog...tapi sah2 korang kena ada blog...tak kan tak ada blog tetiba nak join plak kan....ehhe.....semoga blogger semua dapat mengeratkan lagi hubungan antara kita ya...

bila tangan terasa gatal..

Bila tangan gatal
Gatal nak melukis
Melukis amik mood untuk wat kerja sekolah
Ini hasilnya
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



 utk kamoooo.....!!


--
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
Sweet tak?..hehe...Sah sah lah sweet..ehhe... Aku pakai skirt pendek ok...hehehe...Bibir i seksis u...Tebal yaaa auwww....ala2 anak rohana jalil gituss...Opssss..!!

Meluat??....hehehehe....Abaikan...
Haruslah dah kena rajin wat keje sekolah jap g...
Causinciiii....


~aku susun huruf~
10:17am


Aznil Haji Nawawi di hati semua...

Rasanya tak perlu aku mualakan mukaddimah panjang pagi pagi ni. Selamat pagi & semoga ceria. Pejam celik pejam celik...Mula mula dok dalam hari isnin, tiba tiba dah jumaat sabtu. rasanya hari sabtu hari paling seronok untuk aku ngan budak budak umah aku. Kenapa?. Sebab bila tiba jek hari sabtu, duit yang terkumpul seminggu lepas, akan dilaburkan sepenuhnya. hehehehe....Sebab apa??...Bukan labur ke amanah saham atau bermain saham di hari sabtu, tapi sebab hari sabtu ada pasar...ehehhe..Kalau korang nak tahu, bagi kitaorang, bila ada pasar tu, dah macam ada shopping komplek atau mall dah kat Tanjung Malim ni. berduyun duyun budak upsi g. Jarang sangatlah nak g saja saja. Sehelai tudung mesti dirembatlah. Baru rm9....heheh....

Okies. Stop cerita bab tanjung malim terchentaa...Cuba korang baca sekali lagi title entry aku harini...Baca dengan kuat dan satu persatu ya murid murid....hehehe...OK2....Bagusssssss......hehe...AZNIL HAJI NAWAWI.......Korang kenal ke dia?. Tak kenal?.... Kenal??...ohhhh.....Nipu sangatlah lau korang tak kenal...Lainlah kalau aku tanya, korang kenal tak shafiza irdawati shamsuddin??..Tak payah jawab aku dah tahu jawapan korang. Siapa tu? Pelakon awan dania ke?. Atau pelakon tambahan untuk halimah jongang?...hehehe.....Ni nak kata tak kenal Pak Nil, silap besarlah. Kang ada yang makan sup selipar tengahari nanti kang. heheheh...

Nama tu tak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air kita. Pengacara, deejay, pelakon, ada jugak nyanyi kan. Berbakat kan dia. Tengok aje bila dia mengacarakan Akademi Fantasia, Tom Tom Bak & macam macam lagi. Aku rasa korang pun tahu cara dia macamane kan. Meh aku nak kritik sikit time dia jadi host akademi fantasia. Cuba korang ingat balik, bila time pelajar nak disingkirkan....Even kadang kadang dia guna cara yang sama macam minggu minggu sudah, tapi korang still nangis kan. Paling tak meleleh gaklah kan. heheheeh...Aku pun sama gak..heheh... Tak pernah jemu dan tak rasa yang benda tu satu benda yang membosankan. Macam itu jugaklah bila dia jadi host TTB. Macamana lagak budak tu, ada saja reaksi spontan yang menyeronokkan. Penah juga aku terfikir nak join kan si kecik Zurisya. Tapi keadaan dan jarak yang jauh tak mengizinkan. Kadang kadang bila aku tengok cara dia, touching jugak. Korang ada tengok tak masa mula2 si kecik Haziq join TTB. Time tu dah macam apa si kecik tu. Tak habis habis dok kiss uncle dia tu. Tapi.....itulah AHN....Berbakat. Baik.

Korang tengoklah tu....sweet gilee....Paknil & Haziq memang ada chemistry


 

Aku suka pic ni......Semoga Allah berkati hidupmu...Semoga kamu mendapat rahmatNya..amin..


Mesti korang pelik kenapa harini aku cerita pasal dia kan. Actually aku pendengar setia radio ERA. So, setiap pagi benda pertama aku buat bila bangun, dengar radio era sambil mengemas atau wat kerja. Kalau bukan aku yang buka, roomate aku. Yang pastinya kami pendengar setia era. Cuma sesetia kami tak pernah lagilah "aku menang motorr' heheeheh....Korang ada dengar tak segmen baru Cayang Adik...Sweet gila segmen tu. Siapa punya idea lah kan. Terasa nak tampar laju laju jek budak budak yang sweet tu. hehehe...Aku suka gila dengan budak. Kadang kadang aku terpaksa hipokrit depan sepupu atau mana mana semata mata nak amik hati diorang bila time aku penat ke apa.. macam tak sanggup jek nak boolayan bila time diorang datang cerita kat sekolah dia ada buaian baru ke, kat sekolah die ada kawan tak nak kawan ngan dia ke, cikgu sekolah dia cubit telinga kawan dia ke...Macam macamlah. Korang jangan abaikan cerita yang diorang nak cerita coz dari situ kita nampak perkembangan otak diorang. Tapi perangai buruk aku, aku suka peluk budak kuat kuat. Kadang kadang tak dapat buat camtu, sampai kacip gigi aku jadinya. Geram.. Paling aku suka bau baby. hehehe....Hilang sakit kepala bila bau bilik yang ada baby kan. hehehe....Ok2...Stop...Sambung cerita Paknil tadi, lau korang dengar segmen tu kat radio era, mesti korang rasa sweet gila macam apa aku rasa. Dan last skali, lau korang perasan...........................I LUV U UNCLE.....SAYANGGGG UNCLE.....ayat hikmat yang budak budak tu cakap. See.....  Budak pun dapat rasa kasih sayang yang paknil tunjuk. Bukan jumpa pun. Dalam tepon jek pun. Suke suke...ehhehe....

Paknil ni ada blog jugak tau...Paknil.....Jomlah terjah blog dia. Aku ni rasa macam banyak gila nak cita sal dia tapi tersekat.....Apa pun korang layanlah blog dia. heeheheh....

Kat sini ada sikit biodata ringkas pasal Paknil.....


~aku susun huruf~
9:02am

SHORT ENTRY

Bendanya simple jek..
Sila jangan jadikannya complicated ok...
Benda boleh setel dengan mudah..
Bila ada yang cuba jadikannya complicated, benda mudah jadi susah..
SO
Take It Easy loooo!!


~aku susun huruf~
2:00pm

up