Date : 19/8

Salam,

Dah pukul3 pagi tapi mata cik ieda masih membolat. pukul5 nak bangun sahur. boleh ke bangun ek??... jangan pisang berbuah 2kali sudah.. segala terlepas.. serasa menyesal tido lambat tapi kalau dah tak ngantuk macamane nak tido. boleh sakit kepala jiwa raga kalau cik ieda paksa diri tuk tido. ok2. janji. kul 3suku cik ieda mesti tido...

Jom !! nak kongsi perjalanan hidup pada 19 Ogos. Actly, cik ieda dah mula rasa nak aktifkan seaktifnya blog cik ieda ni. bukan macam active hotlink..active fast yerk...bukan bukan bukan... Kenapa nak aktif??.. Sebab rasanya cik ieda perlukan blog ni tempat cik ieda men cot cet kan diri. kerana EN. TUNANG dah dok jauh, nak kol kena topup rm10 sehari kat inang, alamak makan cekodok hari2 lah cik ida, nak skype plak, tibe2 mini lappy dia wat hal, kadang2 tanpa rasa segan silu pinjam laptop membe dia. Thanks ya membe en.tunang cik ieda. So, rasa bosan pulak tak tahu nak bercerita kat sapa. Nak cot cet 24jam kat rumate, ada yang lari pindah umah lain pulak kang. so, jalan terbaik yang cik ieda pikir selepas membuat kajian selama beberapa jam, cik ieda telah membuat keputusan untuk mengaktifkan balik 'syacinnamonbaystories' ni.

Sebelum lupa, 2nd blog cik ieda tu akan di update juga tapi bercampur baur ok. kekadang tentang cik ieda kekadang nego2..Nego2 belum cik ieda start lagi coz pre-loved yang cik ieda nak lelong tu ada kat kampung halaman tercinta dijiwa. ok. stop setakat ni pasal 2nd blog. Teruskan ke jalan yang benar..huhu

-
-
-
Bersesuaian dengan judul di atas, cik ieda nak cot cet sikit tentang aktiviti hebat cik ieda pada tarikh seperti judul ok. Bak kata rumate kesayangan, ' kan best lau kite dapat rakam semua kehidupan kita sepanjang kita kat UPSI'.. Helo2 miss rumate, Lu Pikir Lah Sendiri.. huhuhu..
Tak da lah seronok sangat hidup-hidup sebagai teacher 2b ni tapi nak cita jugak. Dengan rasa bangga cik ida nak cakap yang sem ni kelas cik ida cuma ada bape hari jek. So sisa2 hidup yang lain banyak cik ieda habiskan kat bilik tingkat3 , no 10 taman bernam baru.. huhu.. Semalam da satu kelas jek. Interior Design. hebatkan dengar tapi hanya saya & Yang Maha Esa mengetahui. Minat ke saya?.  nak kata tak minat tak juga, so, minat lah eh??.. tak jugaaa... Baiklah, secara jujurnya cik ieda ngaku yang kelas tu sangat bosan. Kenapa?.. insyaAllah cik ieda cite kat entry yang lain ek kenapa cik ieda boring kelas tu. Memang ni sifat buruk cik ieda.. lau cik ieda tak suke atau dah mula rasa boring sal kelas tu, akhirnya juga cik ieda akan boring. Tapi sekarang tengah amik mood nak sukakan kelas tu.. EN.MOOD, hampiriku ye....
Cik ieda mula bosan bila cik ieda tak paham langsung, tak paham sikit, asik2 tak paham jek. Teruk sangat ke cik ieda ni. Banyak makan kepala ikan ke?. tak makan suplement kecerdasan otak ke??.. nop..nop.. Bukan tu sebabnya. Dats y orang kata tanggungjawab guru tu besar untuk didik pelajar dengan cara yang terbaik supaya pelajar tak bosan, supaya pelajar tak rasa yang guru tak hargai diorang. Moga-moga kalian paham apa yang nak cik ieda cakapkan.
Ya, cik ieda dak dok U..bukan sekolah rendah, bukan sekolah menengah tapi apa jadi masa hadapan kita even student u lau kita tak paham tapi buat2 paham. Memang tak kemana kan. U ke, I ke, S ke, belajar tetap belajar. Mencari ilmu dari pelbagai sumber. Utamanya guru depan mata. tak terluah rasanya nak cerita kenapa. tapi moga2 harapan cik ieda biar kelas tu jadi kelas yang seronok akan tercapai..wah2... semoga ye...
Off pasal kelas ID yang cik ieda sukeee itu. lagi cerita pasal apa ek??.. Betullah, cik ieda memang takdek life yang seronoklah. Kalau ada kelas, cik ieda g kelas, lau tak da cik ieda banyak habiskan waktu dok umah. lau dah dok umah, tak dak keje lainlah..dengar lagu, klik sana klik sini. nak masak??.. moga2 datang kerajinan itu ok..hahahahahaha....
Alamak....!!!  dah kul 3.38pagi lah. rasanya dah boleh stop cot cet ni. tergantung ke cerita cik ieda?... meh2 baca kesimpulan ok  >>>>>>>  kesimpulannya kehidupan hari2 cik ieda tak banyak beza sebab cik ieda tak memanjangkan kaki kemana2. cik ieda cuma kuar time ada kelas, then lau nak beli something jak.. kalau tak, memang lappy menjadi teman setia cik ieda.

 "Selamat Malam"

~semoga terjaga untuk bersahur nanti, amin~

-
-
-
-
-

Tetiba teringatkan En.Tunang sebab dia semestinya akan menjadi good reader tok blog ni -- Tq En.Tunang

' semoga encik tunang & rakan2 berjaya'

0 komen komen:

Post a Comment


up