Masuk Hotel Keluar Hotel

Salam,
Tajuk panas ke? Adatlah kan kehidupan masa kini. Hotel tu bukan tempat orang senang kaya raya duit juta juti jek boleh masuk. Segala golongan yang ada tak kira tua muda miskin kaya boleh masuk. Minah rempit, Mat tersepit, cikgu sekolah semua masuk hotel keluar hotel kan. Untuk apa tujuan apa, nawaitu mereka aku tak tahu. Yang pasti entry aku malam panas ni bukan nak cerita pasal tu pun.hahahahha.......Saja bikin tajuk panas. Korang lau sebut hotel masuk keluar sah2 laju jek nak baca kan...OK...Stop..

Entry kalini bukan entry maki hamun caci maki orang ok. Cuma aku terasa nak bagitau yang sekarang ni hati aku tengah panas. Tapi aku suka..Ya, aku sabar tapi hagak-hagak bila nak bersuara tu. Suara lantang tak menjamin apa yang korang kata membuatkan semua pihak setuju. Dan kelantangan suara aku, aku gunakan bila aku rasa sesuai. Tak dinafikan mulut aku bising satu dewan boleh dengar tapi kalau aku rasa aku tak suka aku tak puashati, apa salahnya aku bersuara sambil lambai2 tangan macam hantu kak limah tu kan. Tak salah bagi aku. Korang pun bersuara jugak bila ada yang tak puashati. So, korang ngan aku tetap sama.

MALAM PRAGRADUAN  ------- semua cerita start untuk planning malam pragraduan untuk geng2 cikgu cikgi KH ni. Rumusan lah, selama ni buat dinner pun, bayar RM10, berapa kerat aje yang join. Kadang join tak ikhlas pun but nak bagi sokongan kat membe yang jadi AJK. Selalu sangat tak berbaloi. Untuk kalini, aku dah final semester so, tak ada kenangan nak dinner belakang dewan, duduk atas kerusi plastik, bermejakan tapak tangan. hahahahah....So, malam pragraduan kalini decide nak buat kat hotel. Ok, jujur aku appreciate lah segala usaha korang handle benda ni. Bukan semua orang sanggup buat kerja tu termasuk aku.

Yang jadi masalah kat sini, BERSALAH kah orang yang tak nak join malam tu? Perlu di DENDA kah orang yang tak pergi malam tu? Kalau ada antara korang jawab ya bersalah ya patut di denda, aku terima dan aku tahu korang ada alasan yang tersendiri. Dan aku sebagai salah seorang manusia dari kalangan orang yang tak pergi tu, punnn ada alasan tersendiri nak cakap yang kami tak bersalah, kami tak patut di denda. Korang kata aku kurang ajar ke? Suka hati koranglah nak kata apa tapi aku tetap nak bersuara.


cikgu cikgi...ini bentuk otak kita diciptakan untuk berfikir..JOM BERFIKIR.....kempen MARI BERFIKIR..huhu


Mesti korang nak tahu kenapa aku tak pergi kan?. Kalau yang tak nak tahu yaaaa udah...ehehh... As u know, aku sekarang memang nak guna duit banyak. untuk projek jahitan lain, tugasan lain dan yang paling utama sekali untuk majlis aku bulan6 ni. Maybe bagi korang rm100 tu ciput jek nilainya tapi bagi aku, nilai sebanyak tu aku boleh guna wat tempah kad kahwen, beli lolypop untuk si kenit si kenit majlis.. Tak pun baling bangsat aku beli kek secret recipe as hantaran...Sukalah bakal laki aku tu yekk!!.... Betul ke tak. Dah tak ada masa bagi aku nak labur duit sana sini untuk kerja tak berfaedah. Nak marah aku kata kerja tak berfaedah ke?. Marahlah..Ada aku kisah...kuang kuang kuang!!!!........

Meeting tadi aku sorang yang tak pergi, terlepas stay dikalangan orang-orang yang pergi. Nasib tak kena lenjan aku td ekk..hahahahah...Bincang punyer bincang, kira untung rugi, pihak pergi decide nak minta kitaorang yang tak pergi ni tanggung rm10 sorang untuk bayar kerugian pada pihak hotel yang dah book. Aku ni bak besi terkena renjatan, terus bangun. Saya tak nak bayar...hahahahah.....Sangat kejam ok aku masa tu but lantaklah. Itu hak aku. Then sana sini dengar suara. Terimalah ya. Kalau korang tanya pun, berapa kerat sangat yang sanggup bayar. Bukan aku nak kurang ajar atau tak bertimbang rasa, tapi ak nak korang jadi aku. Aku berani kerat jari kelingking lah yang korang pun 2x5=10 tak nak bayar. Kan? Kan? Kan?...heheeh.......

Time tu aku tak terasa sangatlah api kemarahan ku terbakar.....hahahahah....Tapi paling aku rasa segala bulu roma berdiri terpacak.....bila ada kata "orang tak bayar orang tak ada otak"....Menyirap darah ak bebb.....Ayat tu wat aku rasa nak leret cerita ni. Hagak hagak lau nak kata. Sekeras aku ni, kalau semua bayar, aku akan bayar. So tak payah nk mencipta 'mulut longkang' ok. Waaaa terima dengan baik ayat lu...hahahah.....Waaa akan jadikan ayat baekkk lu sebagai pedoman masa hadapan...BOleh...hahahaha...

Terfikir jugak, aku ke yang perbesarkan hal ni. Tak ada  niat beb nak besarkan hal ni but aku memang rasa cukup tak puashati lah. Kalau korang rasa korang tak nak rugi, aku pun rasa benda sama gak kawan. So, sama sama fikirlah ok. Tak perlu nak buka gelanggang lah untuk setel hal ni. Bukan nak lawan sumo..hahahah

Apa pun aku minta maaf ngan statement aku yang buat korang terasa. Tapi aku ada pendirian aku sendiri. Aku insan yang lemah...cehhhh....hahahaha.....Hal ni sebenarnya boleh selesai dengan cara elok ok. Kitakan cikgu bitara...hahahah....

Wokies....setel.......Calm down ieda.....hehehe

P/S : wahai kawan kawan ku yang pergi, sory banyak ok. Sama samalah kita bertimbangrasa. Bukan bertimbang berat jek yang diutaman tapi bertimbang rasa tu lagi penting dari bertimbang berat..eheheh...Aku harap hal ni setel & korang enjoy ngan aktiviti tu k.

 
Ni bukan otak berharga RM10 ok, ni otak2..NYUM2....Sedap dimakan begitu sajaaaa...ohhh...nyum..








Selingan ubati hati....InsyaAllah....












~aku susun huruf~
12:23am

0 komen komen:

Post a Comment


up