Cerita 15 feb 11

Salam readers semua...
Lama tak post entry. Tak kisahlah cerita satu hari makan maggi ke, dua hari kena cirit birit atau berbulan bulan tunggu jerawat atas dahi hilang, yang pastinya memang dah lama aku tak post entry. Kalau ada en.nuffnang, mesti semakin semarak api kerajinan aku nak post entry kan..Wahh...duit aje ko pikir ye ida. Dah tu, korang ada ke yang saja2 nak derma kat aku 10, 20 ----- 1000?... Rezeki beb, susun2 huruf, dapat duit. Bestkan??.. Tapi Dia dah tetapkan rezeki aku bukan datang dari situ so, aku sebagai hambaNya redha. Wassssss...!!!

Actually, aku baru jek balik Tg, Malim terchentaa ahad lepas. Orang lain cuti raya cina seminggu, aku ni mengalahkan cina beraya pulak. Lajak amik cuti 2minggu. so, nasib ko lah ida bila segala tugas tergendala. Pastu dah naik cuti ni, mulalah serabut tengok kertas A4, pen merah pen biru, u marah i luv u..hahah...Berpantun seminit..Apa??....Meluat?....cettt!!....Hobi aku shopping beli belah..BOLEH BLAH!!...hahaah...

Tinggalkan ruangan berbalas pantun ok. Back 2 da misi. Entry kali ni tak ada apa yang seronok. Macam biasa edisi luah perasaan. (jiwang seyhh minah ni..huhu...LANTAK!! ) Masam manis pahit tawar segala ada. 2minggu cuti, aku amik masa untuk setelkan beberapa perkara penting hal nikah kahwen. Alhamdulillah dengan bantuan mama, family en.tunang, segala berjalan lancar. Kalau nak cerita satu persatu rasa banyak lah pulak. Nanti aku buat entry pukal bab persiapan nikah kawen yang lepas yaa. Still dengan trademark aku ' tak ada apa yang menarik ponn'....hahahha...(tu namanya sifat merendah diri..cett! ) Cuma persiapan yang simple. Kalau baca entry b2b lain, hebat hebat tuuu....Think +...

2minggu cuti. Cuti memang cuti tapi aku rasa cuti yang sangat memenatkan. Bukan cuti besantai tepi pantai sedut2 udara segar, angin bayu bertiup ok..Bukan. Cuti yang memenatkan, cuti yang sentiasa ditemani oleh kesihatan yang tak mengizinkan. Asal cuti jek tak sah kalau Cik Demam tak ada. Bila cuti jek mulalah dia nak dekat ngan aku, Kadang kadang sebelum cuti tu siap2 berdoa supaya Cik Demam tak tahu yang aku cuti. Kalau tak, kompem 100% menyibuk jek dia nak dok dekat aku 24/7....Tapi aku still +. Kesakitan yang datang adalah ujian untuk diri aku. 

Ok, actually tujuan sebenar aku nak cerita satu azam aku untuk beberapa bulan ni. Masa dok layan cerita indon tv3 yang pukul2 tu, apa dah tajuknya..........aku lupa tapi aku ingat nama winda dalam cerita tu Marshanda...Best ooo layan indon..hahahah....Tengah layan punya layan dan layan...Tiba tiba mama dari dapur datang letak bekas keropok atas riba. Perghhh!! Tekezut anakanda mu ini wahai bonda. Dahlah panas. Pe ke hal mama aku ni, nak bunuh anak apa..hahaha....Mama aku kata dua tiga kali dia lalu depan aku tapi aku wat derkkk jek. Dan beberapa kali jugak dia panggil aku suh amik bekas keropok tu kat dapur, aku still wat derrkkkk jugak. Last skali, amik ko. BERANGAN....Tu lah satu perkataan yang sesuai untuk situasi aku time tu. Sebab banyak benda kita fikir so, kejap2 kita lalai, kejap2 kita lalai. Tu aku, korang aku tak taulah.  Kalau korang bukan macam aku, baguslah. Bagus betul korang ek...ehhehe...

Time tu aku dok fikir yang aku kena tetapkan satu azam. Azamudin ke, azam tahun baru ke...Bukan bukan bukan. aku tau ramai sekarang yang kawen time belajar. Tak ada pun yang timbul masalah macam aku kan. Fikir fikir fikir tak sudah2. Yang pastinya aku ngan korang berbeza...I am what i am...hahahaha...

Orang lain maybe senang coz pergi sana tunjuk pergi sini tunjuk. Bukan nak kata aku ni save budget gila-gila sampai semuanya nak DIY tapi sebagai seorang orang yang lebih pikirkan hari hari yang aku nak lalui lepas majlis tu, buat aku lebih kuat nak DIY segalanya. Mesti korang kata 'DIY konon, padahal kedekut, padahal dia tak ada duit'....hahahah...tq2......Ya, jujurnya dalam bank aku tak ada ratus riban macam korang. Setakat riban2 aku boleh bangga lagi. Bila chekgu tanya - siapa ada riban dalam bank- aku ada peluang lah nak angkat tangan macam berebut nak jawab soalan math mod masa zaman sekolah dulu kan. 

Riban tu bukan banyak pun. Dengan sekarang kita tengok itu ini mahal. Sekelip mata jek aku leh cakap yang riban2 tu jadi singgit dua inggit. Nak percaya silakan, tak nak percaya...Ada aku kisah...eehh..Peace!!
Majlis aku simple jek. Atas permintaan abah, aku turutkan. Ikutkan nafsu ni, semuanya nak kan. Orang tu buat tu, kita nak, buat ni kita nak. Itu namanya nafsu. Tapi nafsu boleh dikawalkan, sebaiknya kita cuba kawal even segalanya kita nak. Abah banyak bagi nasihat yang aku rasa terbaikkk.....Kadang kadang aku rasa takut nak dok berdua ngan abah coz time tu abah akan mula brainwash aku di susuli dengan nasihat2 terbaik. Takut bebb!!.....

Bila orang mula tanya, how's ur big day preparation??.....Baju, pelamin, makeup, hiasan bilik, meja beradab amik ngn bridal mana?..Deco hantaran tempah kat mana?..Kad kahwen wangi ke tak?..Yang paling best -MAS KAHWEN + DUIT HANTARAN ko berapa?...Hambekk ko....Mane satu nak jawab ni...ahhaha...Kadang-kadang soalan ni wat aku tension. Bila dok tanya banyak banyak kali oleh orang yang sama wajah paras rupa perangai...terasa gak nak jawab, ko peduli apa nak amik ngan bridal mana, ko nak tolong support ke??...heheh...Tapi tak sanggup beb...Waaa nampak ganaz...garang tapi waaaa cuba tak wat orang sakit hati...Kalau ada yang tersakit hati ngan aku, ampun maaf dipinta lah yek..hehehe...Aku mampu SENYUM....senyum....senyum....Senyum itu sedekah beb......Nak sedekah duit jarang2 sekali buat, Pe salahnya senyum kan...heheh...

Oklah, untuk pengetahuan korang yang suka bertanya..aku tau bukan niat korang nak jaga tepi kain aku tapi juz nak tau jek kan. Mehhh2 ramai dok depan chekguu meh nak bagitau ni...My Big Day ni aku wat simple jek. Jemputan pun tak ramai tapi kawan2 tu aku tak lupalah. so, sesuai dengan motto MBD aku tu, boleh dikatakan banyak benda aku guna yang aku sendiri. Ok...Apa??...Tak Paham??.....Ok2....Belum layak jadi chekguu kot aku ni..ehheeh...

PUKAL
1. majlis nikah baju sendri, tak ada pelamin coz kat masjid
2.majlis sanding baju sewa, pelamin sendri, meja makan beradap sendri, bilik sndri
3.bertandang - untuk baju aku beli kain jahit. sangat berbaloi ok. tapi baju tu tak adalah vogue cam korang..hehe....aku pikir baju tu aku nak guna pas kawen, dats y aku jahit.
4. bilik belah laki pun wat sendiri, sah2 aku penyumbang idea...hahahaha...i cerewet ok....tapi en.tunang 6x cerewet..ahahha
5. deco hantaran belah aku alhamdulillah setel, belah laki dalam proses. Macam biasa, megalace KB jadi sasaran coz akak sedara aku keje situ. Ada jugak nanti beli kat kedai lain. But major amik situ lah.
6.pintu gerbang segala tu, akn dipikirkan nanti coz lau tak ada pintu gerbang pun perkahwinan aku tu tetap sah kan...ahhahahaha....
7.Makeup - setel
8.phtgrpher - setel ( mimi, do da best ok...hahahaha.....nnt2 i promote u lak kat orang lain..hehe) 

Yang penting aku banyak DIY & aku mulakan sikit2 kat sini kalau segala keje setel. Yang len aku sambung on mei ni. Nak buat kat sini sebenarnya boleh jek kalau aku tak ada keje. Ni dengan jahitannya, multimedia nya, macam2. 

Apa2 pun segala yang aku nak buat akan aku buat ikut kemampuan aku dan masa yang ada. Janganlah pulak bila aku kata nak DIY, korang dok bayang benda yang gah2 tu aku nak wat. Simple bolehlah. Actually ada sebab kenapa aku nak buat sendiri...So, aku dengan rendah diri minta korang paham. Telinga aku ni belum masuk tahap pekak lagi. So, lau nak mengata atau nak kata menyindir dengan apa aku nak buat, sila tengok kanan kiri dulu ok. En.Tunang aku jenis tak kisah habis beribu tapi dia lebih hepy lau nampak barang tu, So, aku turutkan. Jap g segala benda tu kita guna kat umah kita ye sayammmku...hahahah...

Ramai jek blogger yang kahwen segala DIY even diorang keje besar. But lau minat, sebulan masa pun sempat tau..Semangat beb....hahah....Do da best ye ida............

Tq so much family aku, family en.tunang (termasuk makcik2 dia sangat nampak bersungguh..hehe) pakcik makcik aku semualah + kawan2......tq......

Panjang gile entry kalini. Saje post panjang2. Nanti berbulan pulak tak post.....

Apa2 pun doakan rezeki aku ngan dia murah demi membina masjid ni yek..hehehe....doakan segala berjalan lancar. Semoga doa korang dimakbulkan........Lau korang nak share apa2 dengan aku sal DIY projek ni,aku dengan dulang2 menadah. heheeh...

Okies....Causinci......Pewut dah minta di isi..hehehe

Edisi Terlupa : aku lupa nak bagitau azam apa yang aku dok nak cerita sebenarnya. azam tak seberapa aku tu ialah --- Jeng jeng jeng....hahahah.....Aku nak lupakan kejap hal nikah kahwen then concentrate my study dulu. End of april insyaAllah aku habis study....Continue balik fikir itu ini....Moga-moga sebulan masa tu cukup untuk MBD...InsyaAllah....amin...

~aku susun huruf~
12:11pm 






0 komen komen:

Post a Comment


up