Episod Chenta Kami : 2 --- Gerak gempur

Asyik post entry pasal hati perasaan jiwa raga bakul segala. Mana cerita sal 'itu ini kahwen' kan?. Perasaan?. Mestilah happy kan. Tapi dugaan masa depan depan ni kita tak tahukan. Aku cuma mampu berdoa doa doa dan terus berdoa. Moga moga rintangan yang datang dapat kami tempuh.

Lusa En. Tunang datang. Kebetulan jek dia datang. Sambil dia nak jumpa company dia, singgah kejap kat aku. So, kitaorang planning nak setelkan beberapa hal yang boleh disetelkan. Jumaat ni insyaAllah kitaorang ke Shah Alam. Nak g amik printer pada adik en.tunang. Hope aku ingat lagilah jalan ke uitm Puncak tu. Kalau dulu masa kakak aku study situ, selalu jugak ke sana. Ni dah agak lama tak g. Jumpa kot. Kalau sesat pun, tak adalah sampai siam....Woopsss.........eheheh...

Dalam kepala otak aku dah plan nak singgah kat Romantika. Nak cari something nak letak tepi katil. Itu pun kalau harga berpatutanlah. Biasalah. Bila student nak kawen, macamnilah jadinya. Itu nak murah ini nak murah..hahahaahah....

Projek DIY??... insyaAllah jumaat tu juga sambil nak cari kain kain untuk kegunaan subjek jahitan aku semester ini, nak beli sekali kain langsir yang sesuai untuk buat bantal hantaran. Harap jadilah projek DIY aku ni. Minggu depan nak balik, so, boleh lah buat sikit sikit.

Bab baju nikah dah setel. Cuma nak cari tudung, veil & aksesori yang berpatutan. Nanti time nikah tu aku plan nak pakai tudung bawal jek, Tak tahulah kenapa tapi terasa nak pakai tudung tu. hehehe..lama sangat kot dah tak pakai.

Sabtu, en.tunang plan nak g KL. Dia nak beli something then sambil tu boleh aku cari kain untuk baju bertandang. Hagak mahal lah ciffon beaded yang aku nak tu. Hope en.tunang tak banyak komplen yaaaa.......aku nak cuba minta harga mak andam. kalau ada rezeki, lepaslah kan...heheh.....

Ahad, en.tunang nak rehat coz isnin dia nak jumpa Dato' kesayangan dia tu..hahaah....Gud Luck ya. Doa saya sentiasa mengiringi awak.

Bilalah nak buat checklist. Rasa macam banyak sangat nak kena buat. Kakak aku dah bising coz segala nampak relax. Bukan apa, dia takut aku kelam kabut. Almaklumlah, due dia 3jun. Dia takutlah kalau dia tak dapat tolong aku. Tak apa wahai mysis. Dont worry....aku akan buat yang terbaik. "simple but perfect..Wahhh!!

Dah 7suku....nak solat, bersiap nak g kelas. Malas penat semua rasa ada. Cayyokkk!!!.......Be strong ya shafiza.... Abaikan semua rasa yang tidak enak ok..........Moga moga semester ni tak bebankan engkau macam dulu dulu....amin....


~aku susun huruf~
7:16pm

0 komen komen:

Post a Comment


up